‘ Hmm.. susah beb soalan tadi , aku
tak expect kot soalan keluar macam tu..rasa macam failed je .. ‘ keluh Ariana sambil
tertunduk selepas keluar dari dewan peperiksaan . Zinnirah , seorang sahabat
yang sentiasa ada di sisi Ariana tersenyum sambil memandang Ariana . “ Ariana ,
kau nak dengar satu cerita tak ? “ Ariana mengangguk .
“ Selalu kan , kalau kita keluar je
dari hall dah jadi macam tabiat , mesti nak check jawapan dengan kawan – kawan yang
lain kan tak pun belek – belek buku ke . Masa tu budak jurusan law ni baru je
selesai satu paper diorang pun bincang sama- sama jawapan tu, ada seorang budak tak silap aku nama dia
Zul , kau kenal kan , senior sekolah kita dulu . Zul ni tak ikut bincang sekali
pun . Dia terdengar masa kawan – kawan dia bincang jawapan , ada di antara mereka
yang sama , tapi ada yang berlainan pula
dengan jawapan dia . Kalau aku kat tempat dia , confirm la cuak kan ? Then ,
kawan dia tanya kenapa kau tak bincang sekali dengan kitorang ? Nak tahu apa
jawapan dia ? dia jawab, dia tak nak check sebab risau kalau – kalau pergantungan
dia kat ALLAH berkurang … perghh pergh perghh jawapan sentap tu , menusuk kalbu
. Ariana kelihatan tekun mendengar
cerita sahabatnya itu .
‘Lepas tu , dia buat solat hajat banyak – banyak , doa sepenuh
hati , doa selagi dia mampu berdoa , memang dia letakkan sepenuhnya pengharapan
kat ALLAH . dan kau tahu tak , dia score paper tu and he got the highest mark !
“ bersemangat Zinnirah bercerita kepada sahabatnya . Ariana kembali senyum .
Kadang , kita terlalu yakin dengan
usaha kita . kita yakin kita mampu capai sesuatu tanpa bantuan ALLAH . Walaupun
kita ni kaki buku , ( err , ada ke ?
haha its okay , simpulan bahasa baru ) , jejak library pagi sampai malam , mata
pun dah jadi macam panda , sekalipun ALLAH tak izinkan benda tu jadi , tetap
tak akan jadi .
Tawakkallah
kamu seperti mana tawakkalnya seorang bayi di dalam perut ibunya , yang tidak
tahu bagaiman perjalanan hidupnya pada masa depan , tapi dia percaya pada ALLAH yang pegang jalan hidup
dia . So , kita sebagai student ni
bertawakkal kepada ALLAH dengan syarat berusaha bersungguh – sungguh .
*editedstory
Okay 6
papers to go .. doakan aku dan juga kawan – kawan seperjuangan . ^^,
No comments:
Post a Comment