Couple
bagai nak rak , nanti putus menangis sakan bagai nak pitam .
Dah nama
benda tu haram , mana yang indahnya ? Semua tu lakonan saja . Permainan syaitan
yang cuba – cuba nasib nak bagi kamu “ keindahan “ bercinta . Yang akhirnya
bila tahu semua itu hanya nafsu …
PERIT ! Kerja
syaitan nak bagi manusia sesat . Tapi
bukan kerja kamu nak ikut cakap syaitan kan ?
sakan anda bercinta , bertahun sekalipun anda tak akan kenal pasangan
anda . Sebab bila bercinta semuanya manis .
Kalau dah
ingin sangat berpasangan , bertunang la .
Bahkan bertunang sekalipun ada jarak , inikan pula sekadar hubungan
haram .
Hebat sungguh
kan ? Kenapa hebat ?
Sebab berani
cabar Allah . Hebat sebab tak malu cerita dosa kita depan orang , tunjuk pada
dunia aib kita ,
“ ni couple
I , “ “ ni chenta hati I “
Sedangkan benda
tu haram . Astaghfirullahalazim . Ingat ayat alquran ini , in case dah lama tak
chenta dengan kalam allah , mari renungkan ..
( la taqrabu zina .. ) 17:32 maksudnya à jangan la kamu mendekati zina .
JELAS kan
ayat ALLAH itu ?
Dan kita pun bukan budak – budak , kita dah
cukup besar untuk tahu halal dan haram . Cuma mungkin kita saja saja je tak nak
nampak , tak nak tahu .
Bila kita
announce kita couple ..
“ Alaaa , tak salah pun , bukan buat apa .. mana ada
keluar selalu pun , apatah lagi pegang tangan , mesej pun bagi nasihat je ,
ingatkan tahajud , ingatkan dhuha “
KAMU
HAMPIRI ZINA … !
Bila kita
texting , whatsapp , messenger siang malam
“ I LOVE
YOU “ , “ I MISS YOU “ --> KAMU TENGGELAM DENGAN NAFSU BERCINTA , kadang
kadang sampai tertinggal solat sebab khusyuk duk depan telefon .
Bila kita
otp a.k.a ON THE PHONE : kamu mula masuk ke lembah
syaitan untuk melanggar ikhtilat ( batas pergaulan ) . Dan yang pasti perempuan
mesti dengan lenggok suaranya , nafsu lelaki naik .. IKHTILAT HANCUR !
Bila lama
tak jumpa ..
“Rindu
laaaa “
Yaa rindu
itu fitrah . tapi kalau couple , rindu rinduan . Boleh bawa kepada zina hati ,
lalai dalam mengingati ALLAH .
ASTAGHFIRULLAHALAZIM
…
Haa , lagi
satu tang mana mai couple Islamic nih ? ber- enta , ber-enti …
Kejut
tahajud tiap malam ,
Tetap DOSA
!
……………………………………
KALAU BENAR SAYANG
SESEORANG , KITA TAK AKAN TAKUT UNTUK LEPASKAN DIA ..
SEBAB KITA PERCAYA
PADA ALLAH , TUHAN YANG MEMEGANG HATI MANUSIA !
JADI , KALAU BENAR
SYANG , LEPASKAN DIA .
KENAPA ? SEBAB
SAYANGLAH .
Kalau dengan jarak ,
kita masih tetap dengan perasaan yang sama , berdoa untuk ditemukan jodoh
dengan yang baik .. insyaallah , itu CINTA . Bila
tiba masa nanti , ALLAH akan temukan kembali , dengan cara halal iaitu ikatan
pernikahan .
Tapi bila dengan jarak
itu , kita rasa tak tahan , rasa tak boleh nak jauh , percayalah itu adalah
NAFSU!
Yakin ke suami atau
isteri kita akan setia pula nanti ?
Jika hari ini kita
hancur ikhtilat , nak ke nanti dah kahwin pasangan kita duk gurau huha huha
dengan orang lain ?
Ingat lagi tak ayat
alquran ini
“( Lazimnya perempuan – perempuan yang jahat adalah untuk
lelaki – lelaki yang jahat , dan lelaki – lelaki yang jahat untuk perempuan –
perempuan yang jahat . dan ( sebaliknya
) perempuan – perempuan yang baik adalaha untuk lelaki- lelaki yang baik , dan
lelaki – lelaki yang baik adalah untuk perempuan – perempuan yang baik .. “ (
24:26)
Jadi , bayangkan …..
Amat la tak mustahil ,
bila kita bercouple , nanti kita akan dapat suami atau isteri yag bercouple
juga.
Tapi bagi yang dah
bertaubat dengan sesungguhnya , Insyaallah , ada aturan ALLAH di setiap sesuatu
. Percaya janji ALLAH . Pegang kemas
ayat ini dan semat kat dalam hati .
‘ Tiada orang jahat
yang tidak ada masa depan , dan tiada orang baik yang tidak punya masa lalu ‘
……………………………
Tapi , kalau ,
‘ Nanti dah habis
bercinta , sebelum kahwin aku taubat ah … ‘
*err , pengsan !
hahaha
Jodoh kita dengan
manusia belum tentu ada , tapi jodoh kita dengan MATI itu pasti ada . PASTI .
malah lebih dekat lagi .
Mana tahu tengah
scroll baca ni , Malaikat Maut tengah usha tu bagi jelingan kat sebelah awak tu
?
Pada yang pernah
bercouple , jangan sedih … Itu adalah jalan cerita yang Allah tulis untuk kamu
. Mungkin jika kamu tak couple , kamu tak akan tahu apa itu agama . Husnudzon dengan agama Allah
. Istiqamah la memelihara cinta . Terusan jihad menjaga maruah dan agamamu .
Kepada yang sedang
bercouple , hentikanla hubungan haram itu . bertaubat la dan berjuhad la dalam
melawan hawa nafsu , Kepada yang tidak
pernah bercouple , tabarakallah . teruskan jihad , jaga hati . jaga iman . semoga
ALLAH redha , semoga ALLAH beri hidayah .
Dunia kini sudah tenat
. Tidak ada kegusarankah di dalam hatimu
? Tidak terusik kah hatimu jika matimu nanti dalam keadaan tidak sempat
bertaubat > Tiada sekelumit rasa takut pun ?
‘Jika saat kamu
melakukan dosa , kamu tidak merasai apa – apa , mungkin hatimu telah mati ‘
Syarat untuk MATI
BUKAN TUA , BUKAN JUGA SAKIT . TAPI HIDUP !
Renungkan , ‘ berapa
banyak manusia yang masih lali sedangkan kain kapannya sedang ditenun ? ‘- Iman
Syafie –
*senyum … :)
No comments:
Post a Comment