Tuesday, 25 November 2014

MEREKA

Kelompok itu ,
Mereka sama seperti aku ,
Juga aku sama seperti mereka , 
Punya rasa dan juga perasaan ,
Yang mahu hati dijaga dan mahu menjaga hati ,
Tapi ,
Masing masing sibuk mengejar urusan sementara ,
Leka dengan bahagianya cinta dunia ,
Tertipu dengan janji manis kemewahan dunia 



Kelompok itu ,
Ada yang sedang bergelak ketawa ,
Ada yang sedang sedang berduka lara ,
Tapi ,
Mampukah setiap dari mereka mentafsirkan ,
Atau mampukah mereka menggambarkan rasa dari ekspresi yang terpancar .



Kelompok itu , 
Jangan dilupakan pada mereka yang pernah berjasa ,
Juga mereka yang pernah berbudi kepada kamu ,
Manusia itu imannya terpancar pada akhlaknya , 
Jangan sesekali dirobek rasa percaya itu ,
Kelak dirimu merana tak sudah .

Tuesday, 11 November 2014

SAKITNYA RASA KEHILANGAN



Kebelakangan ini , aku banyak mendapat perkhabaran yang sememangnya aku takut untuk dengar . Sebolehnya perkara itu ingin kita jauhi . Tapi apa daya kita sebagai manusia yang lemah lagi hina untuk menafikan kuasa Allah . KEMATIAN . KEHILANGAN . Satu  kata keramat yang paling takut untuk aku dengar . Sungguh kematian itu menakutkan . Benarlah kata  , orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati .  Semuanya adalah orang yang terhampir denganku ,  kematian guru sekolah rendahku , kematian ibu rakan sekuliahku . Seolah – olah Allah memberi peringatan kepadaku , bahawa kematian itu adalah dekat , tidak kira usia  .  
Baru beberapa hari lepas , aku sempat mengikuti kursus pengurusan jenazah , di mana secara praktikalnya  kami diajar cara memandikan jenazah , mengkafankan jenazah dan mengebumikan jenazah . Kami diberi peluang untuk belajar secara praktikal cara mengebumikan jenazah di tanah perkuburan . Jujur , itu kali pertama sepanjang hidup aku selama 20 tahun ini  menjejakkan kaki ke tanah perkuburan . seram sejuk ! ya , itu yang aku rasakan .

كل نفس ذائقة الموت
“ Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian “
Mati . Kubur . Alam barzakh . Dapatkah kita bayang bagaimana keadaan  kita di sana .  Yakinkah kita mampu lancar menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir ?  yakinkah kita tidak akan diseksa di alam sana ? yakinkah kita bahawa luas bercahaya kubur kita nanti ?
Ilmu ! itu kata kuncinya . Dengan adanya ilmu , kita mampu bezakan yang mana buruk juga yang mana baik . Beribadah kepada Allah dalam melaksanakan perintah-Nya serta meninggalkan larangannya .  Dunia tempat kita cari bekalan , sekadar tempat persinggahan kerana akhirat adalah hari yang kekal . Dengan ilmu jugak , kita mampu kuat dan tabah apabila berhadapan dengan kehilangan orang yang kita sayang . Mereka adalah hak ALLAH , yang dipinjamkan ALLAH kepada kita .
Sakit . Pedih . Kehilangan . Kosong . Itu rasa yang bergabung menjadi satu perasaan yang sukar diungkap di mulut .  Tapi Islam itu indah .  Islam tak ajar umatnya meraung meratap kepergian orang yang tersayang . Islam ajar umatnya bersabar dan tabah apabila ditimpakan ujian . Allah sayangkan kamu , kerana itu Allah uji kamu . Besar ganjaran bagi orang islam yang bersabar . Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia belum diuji . Lihat ! indahnya Islam dari segenap aspek kehidupan .

لا يكلف الله نفسا إلى وسعها
Allah tidak membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupannya .

Percaya pada takdir Allah . Allah tahu apa yang tebaik buat kita . ;)

Sunday, 2 November 2014

KAU KATA KAU CINTAKAN ALLAH TAPI ...



  Hipokritnya kau pada tuhan . Saat kau susah , saat kau sedih , bersungguh sungguh berjanji , menjadi seorang hamba sepenuh hati , berjanji  meninggalkan segala maksiat  , memohon dihapuskan segala noda hati . Saat kau jatuh ,  Allah kau cari . KepadaNya diluahkan segala isi hati , dizahirkan segala rasa , menangis sehingga berkotak kotak tisu . Tapi , saat Allah baru membuka sedikit pintu kesenangan , terus kau lupa kepada Yang Maha Pemberi . Perlahan lahan , jauh langkah kita dariNya . Ahhh ! Juga hipokritnya kau dengan Tuhan bilamana kau itu cuma pura pura di depan manusia , kononnya kau itu suci dalam segala perkara  , acah acah beri nasihat tapi sebaliknya . Sebaliknya , solat 5 waktu tidak kau jaga , solat kau di hujung waktu setiap kali . Di depan manusia , murahnya hati kau bersedekah , namun jauh di dasar hati kau itu cuma mengharapkan pujian dari manusia semata – mata . Mak ayah minta tolong sikit , sudah kau tengking , sumpah seranah . Tapi , bila orang lain minta tolong , sampai segalanya kau sanggup lakukan . Kau katakan, “ tanggungjawab saya untuk bantu antum sekalian “ . Mulianya hati kau .  

Apa kau fikir kita ini manusia hebat ? Yang bisa tenang bila jauh dari gapaian ALLAH . Nikmat yang kita dapat itu juga sebenarnya adalah ujian buat kita . Kerana itu ramai manusia yang tahan apabila diuji dengan kesusahan tapi tidak ramai di antara mereka yang tahan apabila diuji dengan kesenangan . Juga bisakah kau tenang apabila ibu bapa kau letak tepi sedangkan orang lain kau letakkan di pangkat yang tinggi ?. Jangan kau lupa , tanpa mereka siapa kita . Jangan kau fikir , tanpa redha mereka , Allah meredhaimu . 

Manusia , tidak lari dari fitrahnya . Ingin sentiasa dipuji , ingin sentiasa dijunjung . Tapi , jangan sampai pujianmu yang melambung tinggi mampu buat kau rebah tersungkur mencium tanah , sehingga saat itu baru kau tahu siapa Yang Maha Pencipta . 
Buang sifat hipokritmu itu , sama sama kita bina lembaran baru . sucikan hatimu . bersihkan dari segala noda yang terpalit . ikhlaskan hati , sungguh ALLAH ITU AR RAHMAN , YANG MAHA PENYAYANG . ………