Tuesday, 20 January 2015

ROBOT OHH ROBOT ..




Situasi 1 :
‘ esok aku ada test , next week aku ada presentations and quiz . Assingment pun berlambak ni . Kau jangan kacau aku boleh tak ? ‘

Situasi 2 :
‘ apa? Solat berjemaah kat surau ? erk .. nani – nati laa ea , ada kerja sikit la , nak kena submit esok , awak pergi la dulu ‘

Situasi 3 :
‘eh , enta dah study ke bab yang prof bagi semalam ? ingat nak buat discussion sikit kat anjung surau lepas asar nanti … ‘
‘ohh .. belum lagi , ana sibuk berusrah , berprogram , tak sempat lagi nak revise , takpe kita tolong agama Allah , Allah tolong kita balik  , ok la eh , ana nak tido kejap 


*******

So , siapa kita ni sebenarnya ? ok .. ada banyak versi  jawapan yang mungkin aku dapat .
MANUSIA . HAMBA ALLAH . DAIE . PELAJAR . ANAK . KHALIFAH .. dan bermacam – macam lagi  .

Kalau aku kata kita ni robot , keterlaluan tak ? okay2 , sebelum korang nak bentangkan tikar perdebatan  tu , dengar dulu ye apa aku nak kata ni eh ..

Okay , so aku nak fokuskan kepada kehidupan seorang pelajar . Rutin harian kita bukankah setiap hari sama saja  ? bangun tidur , pergi kelas , balik kelas , buat assingments , tidur , study , makan . lepas makan study and the tidur balik and the cycle continues for the next day ? hmm , tak bosan eh ? asyik buat benda yang sama je tiap hari ?

‘habis tu kau nak suruh aku buat apa ? dah nama pun students , kerjanya study laa .. ‘

‘Students ‘ ? I am wondering . is it true that we are actually a real students ? luas sebenarnya skop seorang pelajar tu . anyone can be a students .

Seorang datuk tua yang baru nak mula belajar alif ba ta . seorang ibu yang belajar untuk menjadi ibu yang baik dengan mendidik anak – anak supaya menjadi anak soleh solehah . seorang ayah yang belajar menguruskan keluarga agar mendapat kebahgiaan dunia dan akhirat . seorang pemimpin yang belajar untuk berlaku adil dan menjaga kebajikan rakyat jelatanya .

Jadi , semua orang ada hak untuk pegang title ‘student’ kan ?  dah tu , kau nak cakap apa sebenarnya ni * garu kepala kejap .

Tapi yang paling aku pasti pelajar yangsedang menuntut ilmu di institusi pendidikan atau universiti atau sekolah , sudah semestinyalah kita ni kan2 ?
Sedar tak kita , betapa banyaknya masa yang telah kita bazirkan dengan begitu sahaja tanpa ada sumbangan langsung untuk agama , bangsa dan negara ?

Okay , siapa tadi kata kita ni pelajar ? *angkat tangan kejap nak tengok .  Haa , kamu , kamu kata kamu seorang PELAJAR , adakah kamu BELAJAR untuk :

1)      Menguruskan masa dengan sebaiknya antara akademik , ibadah , dakwah , riadah dan ukhuwah ?
2)      Mendidik diri agar tidak tunduk pada nafsu semata- mata .
3)        Mengenal dan mencintai Pencipta sekalian alam iaitu Allah .
4)      Mengikuti sunnah kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW.
5)      Menghargai setiap ilmu yang dipelajari dan manfaatkannya untuk Islam dan ummah .

Allah . and the list go on.. betapa ramai pelajar yang tidak jujur dalam peperiksaan kerana takut gagal ? Tapi yang peliknya , takut gagal ortak dapat excellent , tapi usahanya seciput je ( tembakan padu tepat ke jantung sendiri , dush ..dush.. )

Wahai jiwa – jiwa yang berada dalam genggaman-Nya .. seriously aku cakap , taka da guna pun kalaukita Berjaya sebab hasil meniru . Nothing . Hilang keberkatan ilmu kita kat situ . Rezeki yang diperolehi kelak mungkin diragui statusnya . semoga Allah menjaga kita semua .

Jangan pernah tertipu . kalau kita tak sempat study untuk exam pun , tak  skor pun tak apa . ASALKAN itu adalah hasil usaha kita sendiri . Dah kita tak berusaha , janganlah kita harapkan hasilnya seperti kawan – kawan yang study bagai nak rak .

Dan lagi satu .. ni pun masalah jugak ni , tolong sangat …. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada menjadi golongan yang hanya mengharapkan pertolongan tanpa berusaha bersungguh – sungguh .

Kita kena ingat , Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan diri mereka sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri . ‘ Aku tak study pun tak ape , Allah tolong aku . ‘

Kita memang perlu yakin Allah akan tolong kita , but still you need to work hard then it is okat for you to rely to Allah . That is right .

Okay okay .. dah melencong jauh pulak bab robot tadi . haa , kenapa robot ? kita manusia kan , bukan robot ? Yes , of course !

Jadi , kalau dah sedar kita ni manusia , bukan robot , yang dikurniakan nikmat akal untuk berfikir , boleh bezakan mana yang baik dan yang burul , why not we use it to think one step forward ? nak fikir apa ? ke mana ? haa , ke mana ?

Ke destinasi kita yang abadi ,. Yak e kampung akhirat . jauh di sana . kita kan berasal dari syurga dan mestilah kita nak pulang ke tempat asal kita kan ? jangan nak tipu la kalau tak ingin .  tuu , kalau yang study jauh – jauh kat oversea sana tu confirm homesick kalau dah lama tak balik rumah , mesti sedih sangat – sangat kalau tak dapat balik beraya , apatah lagi ini kampung kita yang sangat kita rindui dan yangbelum  pernah kita sampai .. ALLAHURABBI .. tak tercapai akal nak gambarkan perasaan tu ..

Pernah tak terfikir , kita sangat takut kalau time nak exam . Terutamanya kalau exam yangbesar2 tuu .. UPSR , PMR , SPM , STAM dan yang sewaktu dengannya . Tapi , pernah tak kita terketar lutut , bergetar saraf urat saraf mengenangkan exam kita yang paling besar nanti ? Yang mana kalau kita gagal dalam exam tu , dah boleh tak nak repeat balik dah .. pernah tak ? Pernah ke ? * bergenang mata

Katakanlah “ sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya , ia pasti menemui kamu ….
 ( QS62:8)   

‘Dan ALLAH tidak menunda ( kematian ) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang . Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan ‘ ( QS63:11)

Oleh itu , keluarlah dari kepompong kebiasaan . sudah cukup cukup sudah . sudah sampai di sini saja  ehh .. hehe .. sudah cukuplah kia hidup dalam keselesaan . Bangkitlah kalian semua daripada lena yang panjang . sedarlah ummah yang tenat ,e,erlukanmu , golongan yang sentiasa menang .

Tak kan surut walau selangkah , takkan henti walau sejenak . citaa kami hidup mulia , atau syahid mendapat syurga .

Semoga setiap derap langkah perjuangan memburu mardhotillah dibalas dengan rahmat-Nya yang penuh kasih sayang .

UMAT ISLAH HARUS CEMERLANG HARI INI , MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM , JANGAN BUANG MASA , SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH , KITA ADA ALLAH MAHA KUASA , KITA PUNYA KUASA TENAGA , UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG !

Jom berlari menuju redha-Nya , memecut meraih jannah-Nya ….

Thursday, 1 January 2015

SIAPAKAH ZINNIRAH ?

Seorang wanita yang sungguh teguh Islamnya, iman yang kukuh menhadapi ujian di waktu penyebaran Islam pada zaman Rasulullah S.A.W. Tahukah anda siapakah beliau? Pernahkah anda mendengar akan namanya? Seorang yang bernama Zinnirah.

Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

 “Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). “Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.

Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.” Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Dibalik tangisan kehambaan Zinnirah, dibalik kegagahan iman dalam jasad seorang wanita islam. Zinnirah dipulihkan dengan kembalinya sinar cahaya dalam hidupnya setelah allah memulihkan matanya.

P/s: subhannallah,betapa teguhnya iman seorang hamba Allah yang sungguh cekal…