Tuesday, 25 August 2015

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA




Terkadang Allah hadirkan kita pengajaran dalam pelbagai bentuk yang tidak diduga . Kehilangan , kegagalan , kemenangan , kesenangan , kesusahan . Di situ kita akan temukan hikmahnya . Mana mungkin di sebalik apa yang terjadi dibiarkan tanpa alasan yang terbaik . Bukankah pelangi hanya akan muncul selepas turunnya hujan ? Jika hilang permata , maka akan digantikan dengan berlian . Aah itu analoginya cuma . Bayangkan kalau seringgit dalam poket kita letakkan di dalam tabung masjid , Allah akan limpahkan pahala berlipat ganda kepada kita . Adakah nilai kebahagiaan , nikmat kesihatan dan juga ketenangan itu sebanding dengan nilai seringgit ? Bukankah Allah telah sebutkan di dalam alquran , betapa mulianya orang yang bersedekah .

Allah itu kasih akan orang yang bersedekah , surah Al Baqarah , Ayat 195 : 

Dan belanjakanlah ( apa yang ada pada kamu ) kerana (menegakkan) agama Allah , dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan ( dengan bersikap bakhil ) ; dan baikilah ( dengan sebaik – baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu ; kerana sesungguhnya  Allah mengasihi orang – orang yang berusaha memperbaiki amalannya ‘. 

Bahkan , Allah akan sentiasa membalas setiap kebaikan kepada orang yang bersedekah, surah al baqarah , ayat 215 : 

Siapakah orangnya yang ( mahu ) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik           ( yang ikhlas ) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda – ganda banyaknya ? Dan      ( ingatlah ) , Allah jualah Yang Menyempit dan Yang Meluaskan ( pemberi rezeki ) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan  “ 
.
Nah , sudah terang lagi bersuluh kan Allah sudah berfirman dalam al quran hikmahnya bersedekah .Kita tak perlu pun jadi kaya untuk bersedekah . Cukuplah hanya ikhlas yang mengiringi pemberian kita . Pernah tak terfikir , kadang- kadang apabila kita keluar makan kat kedai , datang seekor kucing menggesel di kaki kita mengharapkan sedikit sisa daripada makanan kita  . Boleh saja kucing tu pergi meminta mengemis sisa makanan pada orang lain . Allah dah tulis di setiap rezeki kita itu adanya rezeki makhlukNya yang lain . Kita malah halau kucing tu , itu tanda kita kedekut dengan rezeki Allah . Apa salahnya kita hulurkan sedikit makanan buat kucing , mana tahu kucing tu lah akan menolong kita di akhirat nanti . Anggaplah itu rezeki kucing . Kita ni nak kejar cita- cita jannatul firdaus tapi kedekut , berkira .  Nauzubillahiminzalik .

Ada kawan kita tengok dia susah , tapi tak bagitahu orang kesusahan yang dia alami . Apa salahnya kalau kita ajak dia keluar  belanja makan . Tak perlu bawak makan di tempat mahal , di restoran mewah , kat kedai mamak pun tak apa. Waktu lihat senyuman kat wajah kawan tu , kita akan rasa bahagia . Ya betul !  Kalau tak percaya , cubalah . “ Tapi , aku sendiri  pun tak banyak duit , tak kan nak belanja orang makan . “  Abang , kakak , adik – adik sekalian , yakinkah kamu  dengan janji Allah ? Kamu belanja kawan kamu makan hatta dengan harga seringgit sekalipun , tak mustahil jika Allah nak hadiahkan kamu dengan sejuta ringgit . Akan tetatpi nikmat kesihatan dan ketenangan itulah yang lebih baik daripada sejuta ringgit sekalipun . Ada orang hidup dalam harta yang banyak , pangkat yang tinggi namun masih belum dianugerahkan ketenangan .Ada orang biarpun hidupnya dalam keadaan sederhana , tetapi dia merasakan sudah dicukupkan segalanya .

Allah sudah sebut dalam ayat-ayatNya , surah ibrahim , 7 :

Jika kamu bersyukur dengan nikmatKu , maka aku akan tambahkan nikmat ke atas kamu , dan jika kamu ingkar , sesungguhnya azabKu amatlah pedih .”

Ayuh , muhasabahlah diri kita . Kalau nak cepat kaya , dimurahkan rezeki , dipanjangkan umur dan terang dalam kubur nanti , selalulah bersedekah . Mudahnyakan menjemput rezeki ?  Sedekah kuncinya  . Senyum juga sedekah . Dengan senyuman saja mampu buatkan orang lain juga tersenyum . Bukankah itu juga suatu bentuk kebaikan ? Senyum ...

ORANG CAKAP ...



Orang cakap kalau dapat keputusan cemerlang SPM  nanti , cerah masa depan kau . okay , then lets struggle to achieve the target which is pass in examination with flying colors . haa ikut lah nak merah ka biru ka putih ka . huhu .  Selepas je dapat keputusan SPM , mesti kena masuk universiti . Emm itu dah jadi mind set setiap students la , termasuklah aku .( sekarang dah xmacam tu ) . Pendek kata , kalau la aku tak sambung belajar kat universiti maka hancurlah masa depanku . Come on guys , silap tu sebenarnya . Tak semua lulusan universiti itu berjaya , dan tak semua yang bukan lulusan universiti itu tidak berjaya .   

Aku cuba perhatikan keadaan sekeliling aku . Yang mana pelajar yang dari golongan yang agak senang  , masa belajarnya dihabiskan untuk bersuka ria , bahkan berjoli sakan . Bukan aku hendak menuding jari kepada  semua student . No ! Cuma yang menyedihkan aku ialah , kemana letaknya nilai dan harapan mak ayah yang menggunung tinggi untuk anaknya . Disangkakan anaknya itu tekun belajar , rupanya sebaliknya .

And now , I am gonna tell you guys the other side of story , which is really meaningful to me . Seorang anak muda  yang berjaya buka mata hatiku . Nilai tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibubapanya adalah yang terutama selepas tanggungjawab kepada Maha Pencipta .  Allah takdirkan jalan cerita kau begitu indah . Ya ! kau dipilih Allah untuk menjadi peneman ibu dan ayah kau di saat anak – anak lain yang seusiamu berada dalam kampus pengajian . Tidakkah itu satu peluang yang amat mengguntungkanmu ?.  Tetaplah tabah dan sabarkan hatimu dalam apa jua sekalipun keadaan . Pasti , Allah itu ada di setiap ruang lingkup hidupmu . Tersenyumlah dikau kerana ganjaran pahala yang amat hebat sudah di depan mata . Ikhlaskan hatimu . 

******

Orang cakap kalau dah masuk universiti , nanti lepas grad kau boleh terus dapat kerja . Senanglah hidup kau nanti . Maka , terbentuklah pelajar yang mempunyai sikap  3K ( KELAS , KATIL , KULIAH ) . Bangun pagi , ke kelas , balik kelas baca buku ulangkaji , malam tidur , esok bangun pagi maka diulanglah semua rutin harian yang kelmarin . Eh , habistu nak buat apa lagi , betul la tu kan kita students , tak kan lah nak main-main je kan ? 

Opss , tenang dulu . betul la tu kita kan student , mestilah kena belajar sungguh – sungguh . Tapi cuba renung kembali maksud akan ayat ni . hablum minallah wa hablum minan-nas   . Maksudnya itu adalah hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia . Jangan dilupakan hubungan kita pada Allah dan juga pada manusia .  Cergaskan minda juga cerdaskan badan dengan aktiviti riadah . Janganlah hanya terperap sahaja di dalam bilik bacaan . Tidakkah riadah itu salah satu cara untuk menghilangkan tekanan ?


****** 

Orang cakap lagi bila dah kerja , kau tu dah kerja ,takde rasa nak kahwin lagi ? dah ada calon eloklah dipercepatkan benda yang baik . Mendirikan masjid kan . Betul la tu , menangis meraung la si syaitan apabila termeterainya lafaz akad nikah anak adam yang dah berjaya melengkapkan sebahagian daripada iman . Tapi terfikir tak kau , memilih pasangan hidup itu tidaklah semudah memilih ikan di pasar . Ada juga yang bukan sengaja tidak mahu berkahwin , namun dirasakan tanggungjawab menjaga orang tua itu lebih diaulakan . Ada juga yang mahu berkahwin tapi alamak , hantaran terlalu tinggi la pulak . Aisehh ,  emm tak apalah mak cik , mungkin jodoh saya bukan dengan anak mak cik kot . Situasi manusia ,  kita tak kan pernah tahu selagi kita sendiri tak berada di tempat mereka 

******

Orang cakap lagi bila dah kahwin kena ada anak . hmm , orang yang cakap . Allah tak pernah cakap setiap yang berkahwin akan dianugerahkan anak . Mana mungkin setiap pasangan yang berkahwin tidak mengimpikan kehadiran cahaya mata di dalam keluarga mereka . janganlah kita ni mudah melemparkan pandangan yang bukan – bukan pada mereka . tak terfikirkah kita , hati mereka terguris dengan pertanyaan  sebegini , eh , bila nak ada anak ? Buat pasangan yang dikurniakan cahaya mata pula , bersyukurlah dan jagalah amanah yang dititipkan oleh Allah . Sungguh , Allah itu Maha Mengetahui . Dialah yang mencorakkan kisah kita , siapa kita untuk menafikan kekuasaanNya . Kemudian orang cakap lagi , bila dah ada anak seorang , eh seorang saja anak ? bila nak tambah anak lagi ? bila kesemuanya anak lelalki , orang pun bercakap lagi . ‘ semua anak lelaki ke , bila nak dapat anak perempuan pulak  ?’……..

******

Hidup kita akan jadi penat bila dengar  apa yang orang kata . Biarlah apa orang nak  kata . Bukan mereka yang menanggung rasa .  Bukan mereka yang pikul beban kita . Sampai bila – bila tak akan berhenti ‘orang kata …. ‘ .  Asalkan kita tahu apa yang Allah kata , itu sudah memadai .

Monday, 24 August 2015

NAK BALIK USIM DAH




Kurang daripada dua minggu sahaja lagi , sayonara home sweet home . ( uwaargghhh .. meraung macam mati laki ) sobs sobs . Maaf terlebih action pulak . Maka akan berangkatlah aku pergi  berjuang menuntut seberapa banyak  ilmu dan juga mengenali hakikat kehidupan . 

Hampir dua bulan bercuti di rumah , membuatkan ku seakan rasa malas untuk berkemas pulang ke tempat pengajian .Namun , itulah tuntutan yang perlukan pengorbanan yang ikhlas yang harus aku lakukan. Berkorban untuk kesenangan di kemudian hari  . Berkorban rasa demi membalas jasa  untuk ke berapa ratus ribu keringat orang tuaku yang jatuh menyembah bumi hanya untuk melihat aku berjaya . Ya berjaya itu bukanlah ukurannya hanya pada pointer peperiksaan .  Semoga aku berjaya menjadi seorang manusia yang sedar akan erti tanggungjawab dan erti kehidupan . 

Ya , aku akan serahkan sepenuh pengharapan , kutitipkan jua segala rasa semoga kesayangan aku di dalam peliharaan Allah . Mak , abah , adik-adik dan juga kamu yang juga insan terpenting dalam hidupku .. ( you know who you are .. *sambil kelip mata .. haa jangan mikir bukan –bukan okay … )  .

Next semester . see you in the next 2 weeks okay .. I hope you will be nice to me ..

Thursday, 20 August 2015

KITA SAMA TAPI BERBEZA





Kita sama . ya ! kau , aku dan dia . kita sama . Mata sama hitam , rambut juga sama hitam . tapi satu hal yang membezakan kau , aku dan dia  ialah HATI !

HATI ! ya hati – hati dengan seketul hati .  jangan diambil mudah akan namanya hati itu . jika silap menjaga , maka rosaklah seluruh jasad . jika baiknya hati itu , maka berbahagialah seluruh jasad . berwaspadalah dalam setiap langkah , bimbang dibinasakan dek percaturan diri sendiri . 

Hati yang bersih itu datangnya dari sifat yang takutkan maha pencipta . di setiap hembus nafasnya , dipasakkan segala rasa hanya kepada  Yang Maha Kaya . sesungguhnya Dia yang menilai kita bahkan Dialah yang selayaknya mengadili kita . 

Bukan dari  cantiknya paras rupamu , bukan dari berjuta hartamu , bahkan bukan jua dari ketinggian pangkat darjatmu yang bisa  menyelamatkan kamu di hari pembalasan ,  tidak terpandang sedikitpun hartamu itu pada pandangan Allah . 

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah , zahir tempat lahirnya pandangan manusia padamu . jika hina hatimu , mana mungkin Allah sudi memandangmu . aahh . aku tak sanggup ! sedangkan dipandang jelek oleh sesama manusia sahaja kita sudah sedih bukan kepalang , apatah lagi jika dipandang hina oleh sang pencipta kita , ALLAH  ! mahukah kita ??
Tepuk iman , tepuk amal , istiqamah lah kita ke jalan yang diredhai . insyaallah  .