Kurang daripada dua
minggu sahaja lagi , sayonara home sweet home . ( uwaargghhh .. meraung macam
mati laki ) sobs sobs . Maaf terlebih action pulak . Maka akan berangkatlah aku
pergi berjuang menuntut seberapa banyak ilmu dan juga mengenali hakikat kehidupan .
Hampir dua bulan bercuti di rumah , membuatkan ku seakan rasa malas untuk
berkemas pulang ke tempat pengajian .Namun , itulah
tuntutan yang perlukan pengorbanan yang ikhlas yang harus aku lakukan.
Berkorban untuk kesenangan di kemudian hari
. Berkorban rasa demi membalas jasa untuk ke berapa ratus ribu keringat orang
tuaku yang jatuh menyembah bumi hanya untuk melihat aku berjaya . Ya berjaya
itu bukanlah ukurannya hanya pada pointer peperiksaan . Semoga aku berjaya menjadi seorang manusia
yang sedar akan erti tanggungjawab dan erti kehidupan .
Ya , aku akan
serahkan sepenuh pengharapan , kutitipkan jua segala rasa semoga kesayangan aku
di dalam peliharaan Allah . Mak , abah , adik-adik dan juga kamu yang juga insan
terpenting dalam hidupku .. ( you know who you are .. *sambil kelip mata .. haa
jangan mikir bukan –bukan okay … ) .
Next semester . see
you in the next 2 weeks okay .. I hope you will be nice to me ..
No comments:
Post a Comment