Friday, 11 November 2016

life as a final year student

bismillahirrahmanirrahim ..

fuhh .. tiup2 sawang debu semua ada ni , almost setahun hakakk xberblog , almaklumlah banyak sangat benda nak kena settle .. tambah plak ni haa tengah fasa-fasa kemurungan . kahkah ..

final year student . panjang hakak fikir , renung balik , sejauh ni dah aku melangkah , dah banyak mana dah benda , masalah , masam manis kehidupan yg aku tempuhi , acece , padahal baru setahun jagung , kedepan nanti lg banyak benda akan kita jumpa .. new environment , new people .. fuhh scarry akak bila fikir pasall tu ..

ok sebenarnya , akak mnulis ni bkan apa , pening2 mngadap nk buat literature review untuk thesis , nak take five take ten laa jap update blog .. lima tahun  berjauhan dgn keluarga , walaupun hakak belajar dalam negara je , tapi kedah dgn negeri sembilan tu jauh okayy , bg akak yg ala2 anak manja sikit .. just wanna share something that hopes can give you some inspiration .. a little bit pun xape ..

bermula perjalanan thesis akak , or sininim dgn fyp = final year project ... yg mana akak rasa , xmampu nk carry on , xyakin boleh habiskan labb work , menangis , nk tido menangis , nak mkn menangis  , nk mnum menangis , bangun tidur menangis , risauuuuu je keje .. dia mcm hiperbola sikit tapi thats the fact .. yg mana masa tuu dalam fikiran nii pasal thesis ajee .. nothing else ..

fikir dalam hati , kenapa aku dapat tajuk susah , dengan sample beratus2 , too much things to handle ..  sampai satu masa akak rasa nak give up , sungguh2 nak give up .. sampai rasa mcm nak buat somethig kt diri sendiri .. (nauzubillahminzalik) ya allahh , ampunkan dosaku ats pemikiran spt itu ..
tahap kemurungan n levell of stress tuu tinggi beb , habis org sekeliling kena tempias .. maaf yaa kwn2 .. tapi berkat sokongan dari org tsyg  mak abah , supervisor n sahabt yg banyakk sangat2 motivated diri ni  sedikit demi sedikit keyakinan tu mula ada ...

satu lagi benda akak nak highlight ..  kebergantngan kita  kat allah ., anything you do in your life , yes , put allah first ,and for sure anything will going smoothly .. sebelum ni dgr org lain je ckp mcm tuu , tapi kali ni , i feel it myself .. mcm mana apa yg kau buat tu , sepenuh hati kau letak tahap kebergantungan kau pada Allah .. even , masa tgh buat lab work kalau azan , cepat2 pegi perform solat dlu ..  so much problems i faced during my lab works , chemicals xsampai , lpastu chemicals botol pecah , dgn mesin ttba shut down .. but setiap satunya ada jalan penyelesaian . alhamdulillah summa alhamdulillah .. masa ni stp kali solat berdoa , menangis air mata , fikir , beruntungnya aku , allah uji mcm tu , sbb nak aku selalu berdoa , selalu ingat allah ..

ok last but not least , mana2 yang rasa nak give up dgn apa yg korang dah buat separuh jalan , please do not ! akakk warning ni .. jangan dan jangan . ingat balik , mcm mana susahnya kita boleh sampai ke tahap ni , berapa bnyak dah air mata kita keluar nak berdiri sampai tahap ni .. please , endure it .. just go on , finish what have you started !

ok .. akak doakan , semoga apa yg anda  lakukan , berjaya semuanya .. most important is , niat krn allah , percya sepenuhnya pada allah , usaha sehabis baik n tawakkal .. allah tak akan menzalimi umatnya .. u tanam benih , u akan tuai hasilnya .. GOOD LUCK !


sumber ihsan cik google .. hiihi

Tuesday, 25 August 2015

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA




Terkadang Allah hadirkan kita pengajaran dalam pelbagai bentuk yang tidak diduga . Kehilangan , kegagalan , kemenangan , kesenangan , kesusahan . Di situ kita akan temukan hikmahnya . Mana mungkin di sebalik apa yang terjadi dibiarkan tanpa alasan yang terbaik . Bukankah pelangi hanya akan muncul selepas turunnya hujan ? Jika hilang permata , maka akan digantikan dengan berlian . Aah itu analoginya cuma . Bayangkan kalau seringgit dalam poket kita letakkan di dalam tabung masjid , Allah akan limpahkan pahala berlipat ganda kepada kita . Adakah nilai kebahagiaan , nikmat kesihatan dan juga ketenangan itu sebanding dengan nilai seringgit ? Bukankah Allah telah sebutkan di dalam alquran , betapa mulianya orang yang bersedekah .

Allah itu kasih akan orang yang bersedekah , surah Al Baqarah , Ayat 195 : 

Dan belanjakanlah ( apa yang ada pada kamu ) kerana (menegakkan) agama Allah , dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan ( dengan bersikap bakhil ) ; dan baikilah ( dengan sebaik – baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu ; kerana sesungguhnya  Allah mengasihi orang – orang yang berusaha memperbaiki amalannya ‘. 

Bahkan , Allah akan sentiasa membalas setiap kebaikan kepada orang yang bersedekah, surah al baqarah , ayat 215 : 

Siapakah orangnya yang ( mahu ) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik           ( yang ikhlas ) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda – ganda banyaknya ? Dan      ( ingatlah ) , Allah jualah Yang Menyempit dan Yang Meluaskan ( pemberi rezeki ) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan  “ 
.
Nah , sudah terang lagi bersuluh kan Allah sudah berfirman dalam al quran hikmahnya bersedekah .Kita tak perlu pun jadi kaya untuk bersedekah . Cukuplah hanya ikhlas yang mengiringi pemberian kita . Pernah tak terfikir , kadang- kadang apabila kita keluar makan kat kedai , datang seekor kucing menggesel di kaki kita mengharapkan sedikit sisa daripada makanan kita  . Boleh saja kucing tu pergi meminta mengemis sisa makanan pada orang lain . Allah dah tulis di setiap rezeki kita itu adanya rezeki makhlukNya yang lain . Kita malah halau kucing tu , itu tanda kita kedekut dengan rezeki Allah . Apa salahnya kita hulurkan sedikit makanan buat kucing , mana tahu kucing tu lah akan menolong kita di akhirat nanti . Anggaplah itu rezeki kucing . Kita ni nak kejar cita- cita jannatul firdaus tapi kedekut , berkira .  Nauzubillahiminzalik .

Ada kawan kita tengok dia susah , tapi tak bagitahu orang kesusahan yang dia alami . Apa salahnya kalau kita ajak dia keluar  belanja makan . Tak perlu bawak makan di tempat mahal , di restoran mewah , kat kedai mamak pun tak apa. Waktu lihat senyuman kat wajah kawan tu , kita akan rasa bahagia . Ya betul !  Kalau tak percaya , cubalah . “ Tapi , aku sendiri  pun tak banyak duit , tak kan nak belanja orang makan . “  Abang , kakak , adik – adik sekalian , yakinkah kamu  dengan janji Allah ? Kamu belanja kawan kamu makan hatta dengan harga seringgit sekalipun , tak mustahil jika Allah nak hadiahkan kamu dengan sejuta ringgit . Akan tetatpi nikmat kesihatan dan ketenangan itulah yang lebih baik daripada sejuta ringgit sekalipun . Ada orang hidup dalam harta yang banyak , pangkat yang tinggi namun masih belum dianugerahkan ketenangan .Ada orang biarpun hidupnya dalam keadaan sederhana , tetapi dia merasakan sudah dicukupkan segalanya .

Allah sudah sebut dalam ayat-ayatNya , surah ibrahim , 7 :

Jika kamu bersyukur dengan nikmatKu , maka aku akan tambahkan nikmat ke atas kamu , dan jika kamu ingkar , sesungguhnya azabKu amatlah pedih .”

Ayuh , muhasabahlah diri kita . Kalau nak cepat kaya , dimurahkan rezeki , dipanjangkan umur dan terang dalam kubur nanti , selalulah bersedekah . Mudahnyakan menjemput rezeki ?  Sedekah kuncinya  . Senyum juga sedekah . Dengan senyuman saja mampu buatkan orang lain juga tersenyum . Bukankah itu juga suatu bentuk kebaikan ? Senyum ...

ORANG CAKAP ...



Orang cakap kalau dapat keputusan cemerlang SPM  nanti , cerah masa depan kau . okay , then lets struggle to achieve the target which is pass in examination with flying colors . haa ikut lah nak merah ka biru ka putih ka . huhu .  Selepas je dapat keputusan SPM , mesti kena masuk universiti . Emm itu dah jadi mind set setiap students la , termasuklah aku .( sekarang dah xmacam tu ) . Pendek kata , kalau la aku tak sambung belajar kat universiti maka hancurlah masa depanku . Come on guys , silap tu sebenarnya . Tak semua lulusan universiti itu berjaya , dan tak semua yang bukan lulusan universiti itu tidak berjaya .   

Aku cuba perhatikan keadaan sekeliling aku . Yang mana pelajar yang dari golongan yang agak senang  , masa belajarnya dihabiskan untuk bersuka ria , bahkan berjoli sakan . Bukan aku hendak menuding jari kepada  semua student . No ! Cuma yang menyedihkan aku ialah , kemana letaknya nilai dan harapan mak ayah yang menggunung tinggi untuk anaknya . Disangkakan anaknya itu tekun belajar , rupanya sebaliknya .

And now , I am gonna tell you guys the other side of story , which is really meaningful to me . Seorang anak muda  yang berjaya buka mata hatiku . Nilai tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibubapanya adalah yang terutama selepas tanggungjawab kepada Maha Pencipta .  Allah takdirkan jalan cerita kau begitu indah . Ya ! kau dipilih Allah untuk menjadi peneman ibu dan ayah kau di saat anak – anak lain yang seusiamu berada dalam kampus pengajian . Tidakkah itu satu peluang yang amat mengguntungkanmu ?.  Tetaplah tabah dan sabarkan hatimu dalam apa jua sekalipun keadaan . Pasti , Allah itu ada di setiap ruang lingkup hidupmu . Tersenyumlah dikau kerana ganjaran pahala yang amat hebat sudah di depan mata . Ikhlaskan hatimu . 

******

Orang cakap kalau dah masuk universiti , nanti lepas grad kau boleh terus dapat kerja . Senanglah hidup kau nanti . Maka , terbentuklah pelajar yang mempunyai sikap  3K ( KELAS , KATIL , KULIAH ) . Bangun pagi , ke kelas , balik kelas baca buku ulangkaji , malam tidur , esok bangun pagi maka diulanglah semua rutin harian yang kelmarin . Eh , habistu nak buat apa lagi , betul la tu kan kita students , tak kan lah nak main-main je kan ? 

Opss , tenang dulu . betul la tu kita kan student , mestilah kena belajar sungguh – sungguh . Tapi cuba renung kembali maksud akan ayat ni . hablum minallah wa hablum minan-nas   . Maksudnya itu adalah hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia . Jangan dilupakan hubungan kita pada Allah dan juga pada manusia .  Cergaskan minda juga cerdaskan badan dengan aktiviti riadah . Janganlah hanya terperap sahaja di dalam bilik bacaan . Tidakkah riadah itu salah satu cara untuk menghilangkan tekanan ?


****** 

Orang cakap lagi bila dah kerja , kau tu dah kerja ,takde rasa nak kahwin lagi ? dah ada calon eloklah dipercepatkan benda yang baik . Mendirikan masjid kan . Betul la tu , menangis meraung la si syaitan apabila termeterainya lafaz akad nikah anak adam yang dah berjaya melengkapkan sebahagian daripada iman . Tapi terfikir tak kau , memilih pasangan hidup itu tidaklah semudah memilih ikan di pasar . Ada juga yang bukan sengaja tidak mahu berkahwin , namun dirasakan tanggungjawab menjaga orang tua itu lebih diaulakan . Ada juga yang mahu berkahwin tapi alamak , hantaran terlalu tinggi la pulak . Aisehh ,  emm tak apalah mak cik , mungkin jodoh saya bukan dengan anak mak cik kot . Situasi manusia ,  kita tak kan pernah tahu selagi kita sendiri tak berada di tempat mereka 

******

Orang cakap lagi bila dah kahwin kena ada anak . hmm , orang yang cakap . Allah tak pernah cakap setiap yang berkahwin akan dianugerahkan anak . Mana mungkin setiap pasangan yang berkahwin tidak mengimpikan kehadiran cahaya mata di dalam keluarga mereka . janganlah kita ni mudah melemparkan pandangan yang bukan – bukan pada mereka . tak terfikirkah kita , hati mereka terguris dengan pertanyaan  sebegini , eh , bila nak ada anak ? Buat pasangan yang dikurniakan cahaya mata pula , bersyukurlah dan jagalah amanah yang dititipkan oleh Allah . Sungguh , Allah itu Maha Mengetahui . Dialah yang mencorakkan kisah kita , siapa kita untuk menafikan kekuasaanNya . Kemudian orang cakap lagi , bila dah ada anak seorang , eh seorang saja anak ? bila nak tambah anak lagi ? bila kesemuanya anak lelalki , orang pun bercakap lagi . ‘ semua anak lelaki ke , bila nak dapat anak perempuan pulak  ?’……..

******

Hidup kita akan jadi penat bila dengar  apa yang orang kata . Biarlah apa orang nak  kata . Bukan mereka yang menanggung rasa .  Bukan mereka yang pikul beban kita . Sampai bila – bila tak akan berhenti ‘orang kata …. ‘ .  Asalkan kita tahu apa yang Allah kata , itu sudah memadai .

Monday, 24 August 2015

NAK BALIK USIM DAH




Kurang daripada dua minggu sahaja lagi , sayonara home sweet home . ( uwaargghhh .. meraung macam mati laki ) sobs sobs . Maaf terlebih action pulak . Maka akan berangkatlah aku pergi  berjuang menuntut seberapa banyak  ilmu dan juga mengenali hakikat kehidupan . 

Hampir dua bulan bercuti di rumah , membuatkan ku seakan rasa malas untuk berkemas pulang ke tempat pengajian .Namun , itulah tuntutan yang perlukan pengorbanan yang ikhlas yang harus aku lakukan. Berkorban untuk kesenangan di kemudian hari  . Berkorban rasa demi membalas jasa  untuk ke berapa ratus ribu keringat orang tuaku yang jatuh menyembah bumi hanya untuk melihat aku berjaya . Ya berjaya itu bukanlah ukurannya hanya pada pointer peperiksaan .  Semoga aku berjaya menjadi seorang manusia yang sedar akan erti tanggungjawab dan erti kehidupan . 

Ya , aku akan serahkan sepenuh pengharapan , kutitipkan jua segala rasa semoga kesayangan aku di dalam peliharaan Allah . Mak , abah , adik-adik dan juga kamu yang juga insan terpenting dalam hidupku .. ( you know who you are .. *sambil kelip mata .. haa jangan mikir bukan –bukan okay … )  .

Next semester . see you in the next 2 weeks okay .. I hope you will be nice to me ..

Thursday, 20 August 2015

KITA SAMA TAPI BERBEZA





Kita sama . ya ! kau , aku dan dia . kita sama . Mata sama hitam , rambut juga sama hitam . tapi satu hal yang membezakan kau , aku dan dia  ialah HATI !

HATI ! ya hati – hati dengan seketul hati .  jangan diambil mudah akan namanya hati itu . jika silap menjaga , maka rosaklah seluruh jasad . jika baiknya hati itu , maka berbahagialah seluruh jasad . berwaspadalah dalam setiap langkah , bimbang dibinasakan dek percaturan diri sendiri . 

Hati yang bersih itu datangnya dari sifat yang takutkan maha pencipta . di setiap hembus nafasnya , dipasakkan segala rasa hanya kepada  Yang Maha Kaya . sesungguhnya Dia yang menilai kita bahkan Dialah yang selayaknya mengadili kita . 

Bukan dari  cantiknya paras rupamu , bukan dari berjuta hartamu , bahkan bukan jua dari ketinggian pangkat darjatmu yang bisa  menyelamatkan kamu di hari pembalasan ,  tidak terpandang sedikitpun hartamu itu pada pandangan Allah . 

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah , zahir tempat lahirnya pandangan manusia padamu . jika hina hatimu , mana mungkin Allah sudi memandangmu . aahh . aku tak sanggup ! sedangkan dipandang jelek oleh sesama manusia sahaja kita sudah sedih bukan kepalang , apatah lagi jika dipandang hina oleh sang pencipta kita , ALLAH  ! mahukah kita ??
Tepuk iman , tepuk amal , istiqamah lah kita ke jalan yang diredhai . insyaallah  .

Sunday, 19 April 2015

PERMATA HATIKU



Aku rindu .. emak .. abah ..  dua insan yang terlalu besar jasa mereka , yang terlalu besar pengorbanan mereka . Meskipun aku berusaha menjadi seorang anak yang sehabis baik , meskipun aku berusaha menjadi seorang anak yang mampu menjadi saham akhirat buat mereka , tapi itu belum cukup untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka untuk aku ..

Emak , abah ..
Dulu , tika aku kecil , merekalah insan yang tidur tak lena , bahkan tidak tidur seharian menjaga kerenah aku ..
Dulu , tika aku kecil , hanya yang ada di fikiranku merengek meminta dibelikan mainan itu , mainan ini , dan pasti , emak abah akan turuti jua keinginanku itu meskipun mereka tidak punya wang .. 
Dulu , tika  aku kecil , merekalah tempat aku mengadu cerita , bersandar bahu untuk menangis , mendakap tubuh mereka , seakan hilang segala resah gelisah ..

Emak , abah ..
Kini aku sudah menginjak dewasa ..
Sudah menjadi seorang gadis ..
Menjadi seorang mahasiswi di universiti ..
Kutanam cita – cita besar ..
Untuk membawa kalian jejakkan kaki ke tanah suci Mekah ..

Terima kasih emak abah ..                 
Kerana sanggup membesarkan anakmu ini ..
Mengajar aku mengenal Allah pencipta alam ..
Mengajar aku erti kehidupan ..
Yang mana bukan kekayaan menjamin ketenangan ...
Tetapi hati yang luhur kunci kebahagiaan ..  

Emak , abah ..
Maafkan aku jika pernah menghiris hatimu ..
Terkadang aku ditekan emosi ..
Terkadang aku tidak memikirkan perasaanmu ..
Walaupun tidak pernah ditunjukkan rasa itu ..
Kalian tetap yang terbaik bagiku ..

Emak abah ..
Maafkan aku jika belum sempurna menyayangi kalian  ..
Jika aku belum sempurna berbakti kepada kalian ..
Tetapi aku berjanji  ..
Tak akan aku tinggalkan kalian di waktu usia tua mu ..
Tidak akan kubiarkan kalian di kaki jalan sendirian mencari sesuap nasi ..
Tidak akan aku jadi anak derhaka yang tinggalkan kedua ibu bapanya di rumah kebajikan ..

Kalian adalah ladang ibadahku .. ku harapkan kita bersama berpimpin tangan menuju destinasi yang abadi ..