Friday, 31 October 2014

AKU , KAU DAN DIA



…. Cinta , fitrahnya suci . sesuci embunan mentari pagi , cinta kurniaan illahi pemberi inspirasi insan kerdil ini utk mengorak langkah menuju destinasi yang pasti . cinta kepada allah cinta yang hakiki , cinta kepada ibu bapa bahagia sanubari , cinta kepada teman menggamit seluruh memori….


*****
‘ Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya , dapat lagi kita berkumpul bersama – sama pada hari ini  dan  hadir ke salah satu taman syurga iaitu majlis ilmu ini yang dinaungi oleh para malaikat . Jadi insyaallah hari ini kita akan membincangkan satu topik yang sangat berkait rapat dengan kehidupan kita . jadi seperti mana yang kita tahu ramai di antara kita berasa kecewa apabila apa yang mereka hajat tidak kesampaian  . Maka hendaklah kita lihat dan renungkan ayat al quran  seperti mana firman ALLAH :
وَمَكَروا ومَكرَالله  , والله خيرِ المكرِين (54)
Yang bermaksud “ mereka merancang , Allah juga merancang , dan sebaik baik perancang itu adalah Allah “ surah ali Imran : 54

Itulah antara kata – kata pesanan  Farid sewaktu tazkirah maghrib tadi . Farid , seorang pelajar jurusan perubatan di USM , punyai akhlak yang mulia , alim dalam ilmu agama dan ramah dengan semua pelajar . Batas pergaulannya sentiasa dijaga malah peringatan selalu diberi , peribadinya yang luhur dan seorang yang merendah diri. Atas semua sifat kepimpinan yang ada di dalam diri Farid , maka dia diberi kepercayaan  menerajui tampuk pimpinan  Islamic Society sebagai pengerusi di universitinya . Dan yang pastinya seorang itu tidak lengkap apabila tidak berteman . Aiman  , merupakan kawan karib Farid sejak zaman kanak kanak lagi dan sama sama berkongsi impian besar , yang bukan sahaja sekadar menjadi doktor untuk merawat pesakit malah turut merawat rohani manusia .



*****
….. Berbicara tentang hati , hati itu raja kepada jasmani  , pemerintah akal fikiran , jika baik hati ini baiklah seluruh jasad . jika ia penuh dengan lumpur noda maka lumpuhlah empunya noda . Hati sifatnya berbolak balik , mudah berubah apabila dijentik . inikan pula insan biasa …..

Di dewan kuliah utama , pelajar pelajar begitu tekun menelaah buku  meskipun pensyarah belum lagi memunculkan diri . Ada yang berdiskusi dalam kumpulan , ada yang menghafal formula formula tidak kurang juga ada  pelajar yang membuat nota ringkas . Begitulah pelajar memanfaatkan setiap detik masa yang ada dengan tidak mensia siakannnya . Tidak lama selepas itu , suara Dr Alex memecahkan sepi dewan kuliah . “ Hello and good morning , first of all I would like to tell you that we will  have a new student  , so please welcome …. “ .. Muncul seorang gadis kecil manis dari pintu utama dewan kuliah dan memperkenalkan dirinya .  “ Assalamualaikum and hello to all my friends . My name is Nur Alia Amira Bt Fazli . I am a student from University Alexandria, Egypt before  and I am from Johor . I hope that you can give a helping hand . “  Selesai memperkenalkan diri ,  si gadis kecil mengambil tempat duduk di barisan ketiga di sebelah Sarah .” cantiknya …  “ bisik hati Farid.  “ okay now , Alia is a part of us , so I hope all of you can be role models to guide her , okay ? “ Dr Alex memberikan sedikit pesanan sebelum memulakan sesi kuliah pada hari itu  dan serentak dengan itu Farid tersedar bahawa seakan imannya digoncang lalu beristighfar .



*****
9.30 pagi . Isnin .  “ Alamak , aku dah terlambat ke kelas ni . Harap harap Dr Lina tak masuk lagi “ Alia terlambat bangun pagi itu kerana semalam dia menghadiri mesyuarat sehingga lewat malam dan malam semalam juga  dia menyiapkan assignment yang perlu diserahkan kepada Dr Lina  hari ini . Alia terus mencapai semua nota – nota dan bergegas ke kampus . Sedang berjalan dengan kelajuan yang maksima tidak semena-mena Alia tersepak batu kecil di jalan pejalan kaki dan nota – nota yang belum sempat disusunnya tadi bertaburan .  Dari arah yang bertentangan , Farid sedang berjalan dan dia terlihat akan Alia sedang mengutip kertas kertas di jalan . “ Nah , ini nota awak .. “ Farid memulakan sesi bual mereka sambil menghulurkan nota kepada Alia dan tersentuh tangan  Alia . Alia mencapai nota itu dengan segera  dan … “ Ehh alamak , maaf ye , saya dah terlambat ke kelas ni . Saya pergi dulu ye . “

3.30 pagi .  Bilik A - 14 . Farid di meja belajar . “  allah , kenapa ni , aku hafal dari tadi tapi kenapa tak masuk masuk  lagi ni . Apa aku dah buat hari ni . ? Emm aku sakitkan hati siapa siapa ke hari ni ? ke pasal pagi tadi .. hmmm ..  “Termenung Farid di depan meja belajar sambil berfikir , “ Dr MAZA pernah cakap , if you think of changing your attitude , don’t wait “ Lalu dia bangun dari kerusi dan segera  mengambil wudhu dan tunaikan solat sunat taubat .  
Dan bersegeralah kamu dalam mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa “ surah ali Imran : 133

3.30 pagi . Bilik D- 6 . “ Astaghfirullah , kenapa aku ni , rasa macam dah bagi perhatian penuh masa lecturer tadi , tapi bila baca balik tak faham pulak . Kenapa ye , ke aku ada buat salah dengan orang hari ni . Ya allah , aku dah buat salah ya Allah, aku kena bertaubat ni  .” monolog Alia sendirian di dalam hatinya . 




*****

8.00 pagi. Rabu . Pagi itu mereka ada kelas Patholgy di DKU 1.4 .  Tempat duduk sudah kebanyakan dipenuhi oleh pelajar pelajar yang sememangya selalu datang kelas awal . Di meja Farid , terdapat sekotak air oren yang ditampalkan nota kecil “ Farid , terima kasih . :) 
“ Wahhh , untunglah kau Farid , ni ada peminat bagi air kotak “ kata Aiman sambil menyerahlah air kotak oren kepada Farid  ..  “ eh , apa pulak peminat , siapa je minat orang yang macam aku ni , nah , ambil lah air ni ..” Bidas farid . “ ish , mana boleh macam tu , orang bagi kat kau , takkan kau nak pass kat orang lain pulak , ambil je la .. “

Tinngg .. Bunyi notifikasi dari Whatsapps masuk di iPhone Farid dari number yang tak dikenali . “ assalamualaikum , terima kasih sebab tolong saya semalam . pasal perkara semalam awak jangan bimbang , saya tak akan bocorkan kepada sesiapapun , ukhuwah fillah . Alia . “ Lalu tanpa berlengah jari Farid pantas menekan skrin iPhonenya , “ waalaikumussalam , terima kasih atas minuman yang awak bagi . saya tak buat apa sangat , kan menolong orang itu dituntut dalam Islam ? moga ALAH meredhai kita , salam perkenalan, saya Farid “ dan done send message ! Farid tersenyum sendirian  .

****
  ---> nantikan sambungannya .. :)




Monday, 27 October 2014

Apa erti redha ?

Assalamualaikum .. apa kabaq .. kaifa halukum ? alhamdulillah ..ana bikhair ..  😉

ok hari ni mcm mna , ok ? ada baik ?apa kena marah dgn bos ? jatuh tangga ? duit hilang ?allahuakbar ..  sabar ye .. redha .. redha dgn apa yg telah ditakdirkan utk kita .. apa yg berlaku dlm khidupan kita sememangnya dh tercatat .. jadi kita sebagai hamba allah , kena redha .. apa maksud redha tu ?

redha tu kita terima seikhlas hati atas setiap musibah yg menimpa diri kita .. dgn melafazkan ungkapan , innalillahhi wainna ilaihirojiuun .. sesungguhnya dari allah kami dtg dann kepada allah km pulang .. ungkapan ni sgt dituntut dlm islam , ungkp lah apbila kita dlnda musibah , dari sekecil2 usibah sehinggalah seberat2 musibah ..

allah berfirman , 'jika kamu tidak redha dgn apa yg telah tertulis pada qada dan qadar , maka carilah tuhan yg lain ' ... allahurabbi .. nmpk x betapa besarnya erti redha itu dlm kehidupn kita ..

tp kawan2 .. ad jugak yg salah tafsir definisi redha ini .. cthnya , bila lepas selesai menjawab soalan exam , tanpa mengulangkaji pelajaran , di saat keluar dewan peperiksaan ,''xpe laa , aku redha je la result exam kali ni '' ... ini salah ye kwn2 .. itu berpasrah shj .. tnpa melakukan usaha ..

jadi kawan2 .. redha dan berlapang dada atas stp musibah yg melanda .. bukankah ada di ddlm al quran , tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dia belum diuji ..
kwn2 , ulama sufi zaman dahulu , jika mereka tidak ditimpa penyakit dlm tempoh sebulan , ssusah hati mereka kwn2 .. mereka berfikir allah itu tidak pedulikan mereka .. kerana mereka tahu , ujian yg allah bg ke atas hambaNya adalah tanda allah sygkn hambaNya .. sesedangkan kekasih agungNya diuji dgn pelbagai ujian ..

kunci hari ini ialah REDHA .. perhatikan , fikirkan dan selamat beramal .. ;)







Friday, 24 October 2014

Zaman Muda Mudi ^^,

1MAWADDAH 2007
 Assalamualaikum , hai hai .. apo kaba kome sume ? ;)  . ok entri kali ni , aku nak fefeeling throwback sikit laa eaa .. ni ceritanya tadi masa tengah belek laci buku , terjumpa gambar ni .. tengok muka budak2 ni , senyum je sorang2 .. haha .. muka masing2 innocent , muka sok suci gitu ..

ni zaman muda mudi dulu nuuhh , zaman yang asyik nangis time mak abah hantar balik asrama ptg sabtu , zaman yang sedia duk cari akal xmau balik asrama , zaman kena basuh baju sendiri , zaman yang wajib tiap2 hari guna public phone call mak ..( macam rumah ngn sekolah jauh , padahal 15 minit ja ) hehe ..
itu cerita 7 tahun lepas .. 2007-2014 .. rasa macam skjp sangat masa , rasa macam baru kelmarin abah hantar daftr masuk asrama, sekarang tinggal lagi 2 tahun lebih nak habiskan pengajian U ..

sir shukeri pon makin hensem skrg , anak murid apatah lagi lah kan , makin hensem makin segak makin bergaya belake .. ( perasan laa sat noh .. ) .. dulu muka mcm kanak2 lagi , sekarang smua dah besau besau haa .. ada yang sambung blajo luar negara , dalam negara .. kat mana pun anda , banggalah menjadi keluaran smk agama yan !  (^^,)  

guys , teruuskan perjuangan anda , all the best ! maybe next 10 years we will gonna have a mini reunion .. hehe ..

Khazanah2 masa sekolah dulu
 okay , ini pulak segala kad2 surat2 gambo2 yang dapat masa kt sekolah dulu .. nii gambar xoverall lagi .. kann nnti kalau letak semua macam laa korang larat tengok kan.. hehe .. but , yes , i do really miss my time in hostel , zaman naughty2 masa kat asrama dulu ,, ( sikit saja wokayy ) .. sekarang ni zaman kat U , mmg wajib survive sendiri laa kawan , pandai bawak diri , pandai jaga diri , ingat mak ayah , ingat ALLAH , insyaalah , selamatlah hidup kita .. :)


#pesanan kat adik2 yang masih ada kat asrama , percayalah cakap aku , korang akan rindu zaman tu bila dah keluar nnti .. seriusss xtipu .. so hargai ye .. :) 


Tuesday, 21 October 2014

SIAPA KITA ?

Pernah tak tanya kat diri sendiri , " weh , hang ni sapa sebenaqnya ? " atau " emm , siapa aku ni ehh sebenarnya ?" .. ohh mesti ada yang jawab , laa , orang la kan , xkan binatang pulak ! ( adess , org camni lempang je , hehe ) .. yaa kita ni merupakan seorang anak , seorang pelajar , mungkin seorang CEO , peguam , doktor ..  walauapapun pangkat kita , kita adalah seorang HAMBA ALLAH .  xterkecuali daripada setiap orang yang ada di muka bumi ini  bukan hamba Allah .. jika kita perhatikan manusia sekarang ni , RAMAI YANG TAHU MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH , TETAPI TIDAK RAMAI YANG SEDAR MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH .. boleh faham x apa yang aku cuba nak sampaikan .. ?

Berapa ramai manusia kat luar sana yang di ic tertulis beragama islam , tetapi cara hidup , cara berpakaian , cara sosial mereka tidak langsung seperti muslim beragama islam . sedih kan bila kita tengok saudara seagama kita mcm tu? . sedih . kita di sini buat apa ? sekadar kutuk sana kutuk sini , lantang bersuara sana sini , tapi nahh ,, diam dan berlalu sepi selepas beberapa ketika . yaa sudah pasti tidak semua yang seperti itu . tapi apa usaha kita ? pernah tak tanya kat diri , apa yang kita dah buat utk islam ? aku ? aku jugak tersentap apabila pernah diajukan soalan sebegitu .. anak muda sekarang ni , jaguhnya pada keyboard .. jaguhnya pada merempit .. jaguhnya pada arak .. ooppss .. aku xnak bebel panjang2 kat sini .. cukuplah kalau kita contohi sifat sultan salahuddin al ayubi yang mampu tawan kota constantinople pada usia yang sungguh muda .. yaa , seorang tokoh yang aku rasa sememangnya patut menjadi idola stp anak muda skrg .. boleh cuba baca sirah sultan salahuddin al ayubi ye . :)

Kawan2 adik2 abang2 kakak2 .. jom .. bangkit dari semua mimpi .. jadikan ianya satu realiti .. kita mampu menjadi pejuang islam .. pejuang islam itu tidak semestinya berjihad seperti mereka yang berada di Gaza , Syria .. berjihad kita di sini adalah dengan menuntut ilmu ! ilmu itu kekuatan kita , agar kita tidak jahil .. Ya dengan ilmu , kita mampu bangkit mempertahankan ISLAM !

INSAN BIASA

Nama diberi nur nadirah khasim dan dilahirkan pada tanggal 2 april 1994 . anak sulung daripada 4 adik beradik .. ( mungkin garang sikit kot , entahlah adik panggil aku kak ros .. haha ) masih lagi student sepenuh masa , di sebuah IPTA , ( cewah ayat .. :p) USIM .. tahu x USIM ? ramai lagi tak tahu kewujudan U ni , universiti sains islam malaysia .. nilai , NEGERI SEMBILAN . adik akak abang , boleh cuba tanya cik google maps ye kalau nak tahu lebih lanjut .. USIM ni sebenarnya best , syok sebab aku masih lagi boleh rasa biah ( persekitaran ) solehah kat sini , kiranya xda la macam culture shock sgt sebab aku ni dulu sekolah agama .. majlis ilmu , ceramah agama , usrah , semua ada .. tinggal kita je nak join or xnak join .. malas atau rajin .. waahh ni macam nk promote USIM sj .. hehe .. nanti aku update ye pasal USIM ..

Sebenarnya , aku pun tak tahu apa yang buatkan aku teringin nak tulis blog .. hehe .. apa apa pun aku akan cuba buat sharing moments kat sini ( insyaallah yg bermanfaat ) .. mungkin minat aku dulu masa sekolah suka menulis muncul kembali ( zaman sekolah dulu je , sekarang nii assingment menggunung xsempat nk menulis dah lg ) ..

ok la adik kakak abang .. sampai sini dulu coretan pertama aku .. next time aku akan update lagi blog aku ni .. :)

selamat malam u olls .. baca doa ye sebelum tidur tu wokayy ..