…. Cinta , fitrahnya suci . sesuci embunan mentari
pagi , cinta kurniaan illahi pemberi inspirasi insan kerdil ini utk mengorak
langkah menuju destinasi yang pasti . cinta kepada allah cinta yang hakiki ,
cinta kepada ibu bapa bahagia sanubari , cinta kepada teman menggamit seluruh
memori….
*****
‘ Alhamdulillah
bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya , dapat lagi
kita berkumpul bersama – sama pada hari ini
dan hadir ke salah satu taman
syurga iaitu majlis ilmu ini yang dinaungi oleh para malaikat . Jadi insyaallah
hari ini kita akan membincangkan satu topik yang sangat berkait rapat dengan
kehidupan kita . jadi seperti mana yang kita tahu ramai di antara kita berasa kecewa
apabila apa yang mereka hajat tidak kesampaian . Maka hendaklah kita lihat dan renungkan ayat
al quran seperti mana firman ALLAH :
وَمَكَروا
ومَكرَالله , والله خيرِ المكرِين (54)
Yang bermaksud “ mereka merancang , Allah juga merancang , dan sebaik
baik perancang itu adalah Allah “ surah ali Imran : 54
Itulah antara kata – kata pesanan
Farid sewaktu tazkirah maghrib tadi . Farid , seorang pelajar jurusan
perubatan di USM , punyai akhlak yang mulia , alim dalam ilmu agama dan ramah
dengan semua pelajar . Batas pergaulannya sentiasa dijaga malah peringatan
selalu diberi , peribadinya yang luhur dan seorang yang merendah diri. Atas
semua sifat kepimpinan yang ada di dalam diri Farid , maka dia diberi
kepercayaan menerajui tampuk pimpinan Islamic Society sebagai pengerusi di
universitinya . Dan yang pastinya seorang itu tidak lengkap apabila tidak
berteman . Aiman , merupakan kawan karib
Farid sejak zaman kanak kanak lagi dan sama sama berkongsi impian besar , yang
bukan sahaja sekadar menjadi doktor untuk merawat pesakit malah turut merawat
rohani manusia .
*****
….. Berbicara tentang hati ,
hati itu raja kepada jasmani ,
pemerintah akal fikiran , jika baik hati ini baiklah seluruh jasad . jika ia
penuh dengan lumpur noda maka lumpuhlah empunya noda . Hati sifatnya berbolak
balik , mudah berubah apabila dijentik . inikan pula insan biasa …..
Di dewan kuliah utama , pelajar pelajar begitu tekun menelaah buku meskipun pensyarah belum lagi memunculkan
diri . Ada yang berdiskusi dalam kumpulan , ada yang menghafal formula formula
tidak kurang juga ada pelajar yang
membuat nota ringkas . Begitulah pelajar memanfaatkan setiap detik masa yang
ada dengan tidak mensia siakannnya . Tidak lama selepas itu , suara Dr Alex
memecahkan sepi dewan kuliah . “ Hello and good morning , first of all I would
like to tell you that we will have a new
student , so please welcome …. “ ..
Muncul seorang gadis kecil manis dari pintu utama dewan kuliah dan
memperkenalkan dirinya . “
Assalamualaikum and hello to all my friends . My name is Nur Alia Amira Bt
Fazli . I am a student from University Alexandria, Egypt before and I am from Johor . I hope that you can give
a helping hand . “ Selesai
memperkenalkan diri , si gadis kecil mengambil
tempat duduk di barisan ketiga di sebelah Sarah .” cantiknya … “ bisik hati Farid. “ okay now , Alia is a part of us , so I hope
all of you can be role models to guide her , okay ? “ Dr Alex memberikan
sedikit pesanan sebelum memulakan sesi kuliah pada hari itu dan serentak dengan itu Farid tersedar bahawa
seakan imannya digoncang lalu beristighfar .
*****
9.30 pagi . Isnin . “ Alamak ,
aku dah terlambat ke kelas ni . Harap harap Dr Lina tak masuk lagi “ Alia
terlambat bangun pagi itu kerana semalam dia menghadiri mesyuarat sehingga
lewat malam dan malam semalam juga dia
menyiapkan assignment yang perlu diserahkan kepada Dr Lina hari ini . Alia terus mencapai semua nota –
nota dan bergegas ke kampus . Sedang berjalan dengan kelajuan yang maksima
tidak semena-mena Alia tersepak batu kecil di jalan pejalan kaki dan nota –
nota yang belum sempat disusunnya tadi bertaburan . Dari arah yang bertentangan , Farid sedang
berjalan dan dia terlihat akan Alia sedang mengutip kertas kertas di jalan . “
Nah , ini nota awak .. “ Farid memulakan sesi bual mereka sambil menghulurkan
nota kepada Alia dan tersentuh tangan Alia . Alia mencapai nota itu dengan segera dan … “ Ehh alamak , maaf ye , saya dah
terlambat ke kelas ni . Saya pergi dulu ye . “
3.30 pagi . Bilik A - 14 . Farid
di meja belajar . “ allah , kenapa ni ,
aku hafal dari tadi tapi kenapa tak masuk masuk lagi ni . Apa aku dah buat hari ni . ? Emm aku
sakitkan hati siapa siapa ke hari ni ? ke pasal pagi tadi .. hmmm .. “Termenung Farid di depan meja belajar sambil berfikir , “ Dr MAZA pernah
cakap , if you think of changing your attitude , don’t wait “
Lalu dia bangun dari kerusi dan segera mengambil wudhu dan tunaikan solat sunat
taubat .
“ Dan bersegeralah kamu dalam mengerjakan amalan yang baik untuk
mendapat keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang bidangnya seluas langit dan
bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa “ surah ali Imran : 133
*****
8.00 pagi. Rabu . Pagi itu mereka ada kelas Patholgy di DKU 1.4 . Tempat duduk sudah kebanyakan dipenuhi oleh
pelajar pelajar yang sememangya selalu datang kelas awal . Di meja Farid ,
terdapat sekotak air oren yang ditampalkan nota kecil “ Farid , terima kasih . :) “
“ Wahhh , untunglah kau Farid , ni ada peminat bagi air kotak “ kata Aiman sambil menyerahlah air kotak oren kepada Farid .. “ eh , apa pulak peminat , siapa je minat
orang yang macam aku ni , nah , ambil lah air ni ..” Bidas farid . “ ish , mana boleh macam
tu , orang bagi kat kau , takkan kau nak pass kat orang lain pulak , ambil je
la .. “
Tinngg .. Bunyi notifikasi dari Whatsapps masuk di iPhone Farid dari number yang tak dikenali . “ assalamualaikum , terima kasih sebab tolong saya semalam . pasal perkara semalam awak jangan bimbang , saya tak akan bocorkan kepada sesiapapun , ukhuwah fillah . Alia . “ Lalu tanpa berlengah jari Farid pantas menekan skrin iPhonenya , “ waalaikumussalam , terima kasih atas minuman yang awak bagi . saya tak buat apa sangat , kan menolong orang itu dituntut dalam Islam ? moga ALAH meredhai kita , salam perkenalan, saya Farid “ dan done send message ! Farid tersenyum sendirian .
****
---> nantikan sambungannya .. :)
No comments:
Post a Comment