Pernah tak tanya kat diri sendiri , " weh , hang ni sapa sebenaqnya ? " atau " emm , siapa aku ni ehh sebenarnya ?" .. ohh mesti ada yang jawab , laa , orang la kan , xkan binatang pulak ! ( adess , org camni lempang je , hehe ) .. yaa kita ni merupakan seorang anak , seorang pelajar , mungkin seorang CEO , peguam , doktor .. walauapapun pangkat kita , kita adalah seorang HAMBA ALLAH . xterkecuali daripada setiap orang yang ada di muka bumi ini bukan hamba Allah .. jika kita perhatikan manusia sekarang ni , RAMAI YANG TAHU MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH , TETAPI TIDAK RAMAI YANG SEDAR MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH .. boleh faham x apa yang aku cuba nak sampaikan .. ?
Berapa ramai manusia kat luar sana yang di ic tertulis beragama islam , tetapi cara hidup , cara berpakaian , cara sosial mereka tidak langsung seperti muslim beragama islam . sedih kan bila kita tengok saudara seagama kita mcm tu? . sedih . kita di sini buat apa ? sekadar kutuk sana kutuk sini , lantang bersuara sana sini , tapi nahh ,, diam dan berlalu sepi selepas beberapa ketika . yaa sudah pasti tidak semua yang seperti itu . tapi apa usaha kita ? pernah tak tanya kat diri , apa yang kita dah buat utk islam ? aku ? aku jugak tersentap apabila pernah diajukan soalan sebegitu .. anak muda sekarang ni , jaguhnya pada keyboard .. jaguhnya pada merempit .. jaguhnya pada arak .. ooppss .. aku xnak bebel panjang2 kat sini .. cukuplah kalau kita contohi sifat sultan salahuddin al ayubi yang mampu tawan kota constantinople pada usia yang sungguh muda .. yaa , seorang tokoh yang aku rasa sememangnya patut menjadi idola stp anak muda skrg .. boleh cuba baca sirah sultan salahuddin al ayubi ye . :)
Kawan2 adik2 abang2 kakak2 .. jom .. bangkit dari semua mimpi .. jadikan ianya satu realiti .. kita mampu menjadi pejuang islam .. pejuang islam itu tidak semestinya berjihad seperti mereka yang berada di Gaza , Syria .. berjihad kita di sini adalah dengan menuntut ilmu ! ilmu itu kekuatan kita , agar kita tidak jahil .. Ya dengan ilmu , kita mampu bangkit mempertahankan ISLAM !
No comments:
Post a Comment