Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan .
Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
QS. ar-Rahman (55) : 58
"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. ar-Rahman (55) : 70
"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
QS. ar-Rahman (55) : 72
"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
QS. ar-Rahman (55) : 74
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.
Tuesday, 30 December 2014
Sunday, 28 December 2014
SOALAN EXAM SUSAH ?
‘ Hmm.. susah beb soalan tadi , aku
tak expect kot soalan keluar macam tu..rasa macam failed je .. ‘ keluh Ariana sambil
tertunduk selepas keluar dari dewan peperiksaan . Zinnirah , seorang sahabat
yang sentiasa ada di sisi Ariana tersenyum sambil memandang Ariana . “ Ariana ,
kau nak dengar satu cerita tak ? “ Ariana mengangguk .
“ Selalu kan , kalau kita keluar je
dari hall dah jadi macam tabiat , mesti nak check jawapan dengan kawan – kawan yang
lain kan tak pun belek – belek buku ke . Masa tu budak jurusan law ni baru je
selesai satu paper diorang pun bincang sama- sama jawapan tu, ada seorang budak tak silap aku nama dia
Zul , kau kenal kan , senior sekolah kita dulu . Zul ni tak ikut bincang sekali
pun . Dia terdengar masa kawan – kawan dia bincang jawapan , ada di antara mereka
yang sama , tapi ada yang berlainan pula
dengan jawapan dia . Kalau aku kat tempat dia , confirm la cuak kan ? Then ,
kawan dia tanya kenapa kau tak bincang sekali dengan kitorang ? Nak tahu apa
jawapan dia ? dia jawab, dia tak nak check sebab risau kalau – kalau pergantungan
dia kat ALLAH berkurang … perghh pergh perghh jawapan sentap tu , menusuk kalbu
. Ariana kelihatan tekun mendengar
cerita sahabatnya itu .
‘Lepas tu , dia buat solat hajat banyak – banyak , doa sepenuh
hati , doa selagi dia mampu berdoa , memang dia letakkan sepenuhnya pengharapan
kat ALLAH . dan kau tahu tak , dia score paper tu and he got the highest mark !
“ bersemangat Zinnirah bercerita kepada sahabatnya . Ariana kembali senyum .
Kadang , kita terlalu yakin dengan
usaha kita . kita yakin kita mampu capai sesuatu tanpa bantuan ALLAH . Walaupun
kita ni kaki buku , ( err , ada ke ?
haha its okay , simpulan bahasa baru ) , jejak library pagi sampai malam , mata
pun dah jadi macam panda , sekalipun ALLAH tak izinkan benda tu jadi , tetap
tak akan jadi .
Tawakkallah
kamu seperti mana tawakkalnya seorang bayi di dalam perut ibunya , yang tidak
tahu bagaiman perjalanan hidupnya pada masa depan , tapi dia percaya pada ALLAH yang pegang jalan hidup
dia . So , kita sebagai student ni
bertawakkal kepada ALLAH dengan syarat berusaha bersungguh – sungguh .
*editedstory
Okay 6
papers to go .. doakan aku dan juga kawan – kawan seperjuangan . ^^,
Saturday, 27 December 2014
DUNIA MAKIN TENAT
Kini , dunia sudah makin tenat ! makin tua ! tapi , manusia masih lagi leka , alpa , bahkan masih lagi bersuka ria , bersenang lenang . Bila diceritakan kisah kisah tanda kiamat , dajjal yang akan keluar , binatang -binatang melata keluar dari segenap perut bumi , gunung hancur berterbangan ,jawapannya ' aahh , lambat lagi laa , rilek la dulu .. nanti aku taubat la ' astaghfirullah .. nauzubillahminzalik ..
satu per satu tanda allah dah tunjuk kat kita .. mahu tanda apa lagi yang nak ditunjukkan sehingga baru rasa mahu bertaubat ! anak muda yang terkinja-kinja , melompat sana sini, bergaul bebas sana sini , sehingga merasakan itu adalah perkara biasa yang tak perlu diperbetulkan . bila ditegur , melenting ! yang tua dengan cara mereka . sibuk dengan urusan dunia . politik menjadi lauk dalam kehidupan seharian . sehinggakan manusia ditindas ! didiskriminasikan atas sebab perbezaan politik ! ahh , manusia .. manusia ..
apa sudah jadi dengan dunia sekarang ? apa sudah jadi dengan manusia zaman ini ? sehingga ancaman ALLAH masih lagi dianggap perkara biasa bahkan tak terdetik pun dihati rasa gerun . yaa sudah pasti , tidak semua manusia yang tidak punya perasaan . pasti ada lagi manusia manusia yang masih punya perikemanusiaan . yang masih lagi punya getaran di hati apabila dikhabarkan dengan perkhabaran mengenai dunia akhir zaman .
sehingga satu saat , allah akan mencabut nyawa-nyawa orang yang beriman satu per satu dari bumi .. dan sehingga saat itulah , yakinkah kita masih lagi terbuka peluang pintu taubat ? yakinkah kita , jika taubat yang kita lakukan itu diterima allah ??
dunia makin tua . dunia di akhir zaman . kita umat akhir zaman . layakkah lagi kita untuk masih lagi mementingkan urusan duniawi melebihi ukhrawi ??
seimbangkan keduanya . bekerjalah kamu seolah olah kamu hidup selamnya , dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari ..
bertaubatlah selagi mana kesempatan intu masih terbuka . sungguh allah itu amat menyayangimu ...
satu per satu tanda allah dah tunjuk kat kita .. mahu tanda apa lagi yang nak ditunjukkan sehingga baru rasa mahu bertaubat ! anak muda yang terkinja-kinja , melompat sana sini, bergaul bebas sana sini , sehingga merasakan itu adalah perkara biasa yang tak perlu diperbetulkan . bila ditegur , melenting ! yang tua dengan cara mereka . sibuk dengan urusan dunia . politik menjadi lauk dalam kehidupan seharian . sehinggakan manusia ditindas ! didiskriminasikan atas sebab perbezaan politik ! ahh , manusia .. manusia ..
apa sudah jadi dengan dunia sekarang ? apa sudah jadi dengan manusia zaman ini ? sehingga ancaman ALLAH masih lagi dianggap perkara biasa bahkan tak terdetik pun dihati rasa gerun . yaa sudah pasti , tidak semua manusia yang tidak punya perasaan . pasti ada lagi manusia manusia yang masih punya perikemanusiaan . yang masih lagi punya getaran di hati apabila dikhabarkan dengan perkhabaran mengenai dunia akhir zaman .
sehingga satu saat , allah akan mencabut nyawa-nyawa orang yang beriman satu per satu dari bumi .. dan sehingga saat itulah , yakinkah kita masih lagi terbuka peluang pintu taubat ? yakinkah kita , jika taubat yang kita lakukan itu diterima allah ??
- قال صلئ الله : لا تقوم الساعة إلا علئ أشرار الناس
' tidak akan berlaku kiamat kecuali manusia pada masa itu semua jahat '
dunia makin tua . dunia di akhir zaman . kita umat akhir zaman . layakkah lagi kita untuk masih lagi mementingkan urusan duniawi melebihi ukhrawi ??
seimbangkan keduanya . bekerjalah kamu seolah olah kamu hidup selamnya , dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari ..
bertaubatlah selagi mana kesempatan intu masih terbuka . sungguh allah itu amat menyayangimu ...
Monday, 22 December 2014
APAKAH ITU PENYAKIT TIBI ?
Tuk.. tuk
.. tuk .. pintu rumah ku diketuk terus dengan itu kami tersentak . Tanpa ucapan
salam , dan tambah mengejutkan kami apabila lelaki yang menyahut seusai ditanya
oleh salah seorang teman serumahku .
Lengkap berpakaian
uniform , pemuda itu memperkenalkan dirinya .
Ohh , rupanya pegawai kesihatan dari klinik kesihatan berhampiran tempat
tinggalku . Setelah hampir lima minit
berbicara dengan Firzana , kelihatannya begitu serius dari raut wajah
mereka , Firzana masuk ke dalam rumah sambil memberikan borang untuk kami isi .
“ Jom , kita kena isi borang ni ..” NOTIS MENJALANI PEMERIKSAAN PENGESAHAN TB !
Gullpp . kami antara insan yang rapat dengan dengan Amira , yang disahkan
positif TB perlu membuat pengesahan pemeriksaan kesihatan dalam tempoh dua
minggu dari tarikh notis dikeluarkan .
Masing –
masing seakan melepaskan satu keluhan yang
berat . Tapi berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . Bukan
Amira yang meminta untuk mendapat sakit itu . Itu adalah bahgiannya yang Allah
bagi untuk dia . Sabarlah wahai sahabat .
Seminggu
sahaja lagi kami bakal menduduki peperiksaan akhir semester 3 . Semua seakan
sibuk menelaah pelajaran , membuat perbincangan
memandangkan peperiksaan sudah tidak lama lagi . Jadi , kami meminta
untu, ditangguhkan sedikit lagi tempoh untuk membuatrawatan dan Alhamdulillah
kami diberi kebenaran . Tetapi, kami hanya boleh membuat rawatan di tempa
tinggal kami sahaja dan tidak boleh memebuat rawatan di kampung . Jadi , aku
mengambil keputusan untu pulang lewat sedikit selepas tamat peperiksaan nanti .
Aku
terfikir adakah bahaya sebenarnya penyakit TB ini ? Penyakit ini dianggap penyakit tertua di
dunia . Apa itu Tibi ? Ia merupakan
sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat . Ia
disebabkan oleh bakteri MYCOBACTERIUMM BACILLUS
yang menyebabkan TB ( Tuberkulosis ) ataupun batuk kering.
APAKAH
GEJALA TIBI ?
1) Batuk berkahak
melebihi dua minggu
2) Kahak berdarah
3) Berpeluh
padawaktu petang dan malam
4) Hilang selera
makan
5) Berat badan
menyusut
6) Mudah letih dan
lemah badan
7) Sakit dada
semasa bernafas
Untuk penyakit TB yang tidak
melibatkan paru – paru , tanda – tanda jangkitan bergantung kepada lokasi
kejadian . Sebagai contoh , jika ia melibatkan bahagian otak ( radang otak
disebabkan kuman TB ) , penghidap boleh menunjukkan tanda – tanda seperti demam
, sakit kepala , muntah ataupun sawan .
MACAM MANA PENYAKIT TIBI
BERJANGKIT ?
1) Melalui titisan
cecair mulut dan hidung yag mengandungi kuman TB . pesakit TIBI
akan menyebarkan kuman melalui percakapan , batuk atau bersin .
Sekiranya pesakit batuk atau bersin sebanyak 40,000 titisan yang mengandungi
kuman tersebar ke udara .
2) Sesiapa yang
menyedut udara yang mengandungi cecair ini aka nada risiko untuk dijangkiti .
3) Penyakit TIBI
di luar paru – paru ( EPTB ) tidak akan menjangkiti orang sekeliling .
KAEDAH UNTUK MENGESAN TIBI
1) X-RAY dada
2) Diagnostic
Microbiology
-
Ujian Mantoux ( untuk menyiasat sama ada
individu yang mempunyai hubungan dengan pesakit seperti keluarga dan rakan )
-
Cecair ‘Tuberculin ‘ disuntik di bahagian bawah
kulit lengan .
Penyakit TIBI tidak kenal sesiapa . Kita sedia maklum bahawa penyakit
Tibi ini boleh menjangkiti dari kalangan kita kerana penyakit ini mudah merebak melalui udara . seandainya badan kita mempunyai imun sistem
yang kuat sudah pasti kita dapat menghapuskan kuman tibi dengan mudah .
Akhir kata , jom kita jaga kesihatan dengan sebaik mungkin . AWAS !
PENYAKIT TIBI TAK KENAL AKAN SESIAPA . Juga mohon doakan kesihatan sahabatku
yang sedang bertarung dengan penyakit TIBI ini .
(^^,)
Saturday, 20 December 2014
TIPS DAPAT KEBERKATAN ILMU
Assalaamualaikum, sahabat2 semua, saya nk bg tips mcm mna kita nk dpt ilmu yg brkat n kuat ingatn..insyaAllah😊
1.sblm study, pastikan smua hak2 Allah kita laksanakan dulu, solat awal waktu.
2.pastikan sblm kita study, kita ambil wudhu' dulu. Berwudhu' sblm study kunci kberkatan.
3. Sebelum melihat isi-isi nota, lihatlah dulu ayat-ayat Allah.
4. Sblm study jgk, klu blh hafal ayat2 al-quran @ surah2 dlm al-quran. Cdgn, al-luqman, al-waqiah, ad-dhuha n al-insyirah.
5. Tajdid niat balik, study utk mgangkat agama Allah n bdoa spaya Allah bg kita ilmu yg bmanfaat utk islam.
6. Apabila melihat muka depan nota, bacalh bismillah n senyum, senyum utk positifkan diri kita.
7. Sekiranya mengantuk, maka ambillah wudhu' smula.
8. Stelah merasa penat study, ambillah masa utk rehat, jgn paksa diri. Tidur @ mlihat alam. Klu tidur, niat kita tidur utk mgembalikn smula tnaga n smgt study kita.
9. Jgn langkah nota/bku study kita. Letak dtmpat yg sesuai.
10. Setelah selesai, maka ucapknlah alhamdulillah n bdoalah kpd Allah, spaya ilmu yg kita study td kekal dlm ingatan kita n tawakallah kpd Allah..
Wallahu'alam
P/s: kopi pes dr hamba Allah yg dhaif.. ^^,
Bittaufiq wannajah fi imtihan...smoga kcemerlangan mlik kita smua..insyaAllah..
1.sblm study, pastikan smua hak2 Allah kita laksanakan dulu, solat awal waktu.
2.pastikan sblm kita study, kita ambil wudhu' dulu. Berwudhu' sblm study kunci kberkatan.
3. Sebelum melihat isi-isi nota, lihatlah dulu ayat-ayat Allah.
4. Sblm study jgk, klu blh hafal ayat2 al-quran @ surah2 dlm al-quran. Cdgn, al-luqman, al-waqiah, ad-dhuha n al-insyirah.
5. Tajdid niat balik, study utk mgangkat agama Allah n bdoa spaya Allah bg kita ilmu yg bmanfaat utk islam.
6. Apabila melihat muka depan nota, bacalh bismillah n senyum, senyum utk positifkan diri kita.
7. Sekiranya mengantuk, maka ambillah wudhu' smula.
8. Stelah merasa penat study, ambillah masa utk rehat, jgn paksa diri. Tidur @ mlihat alam. Klu tidur, niat kita tidur utk mgembalikn smula tnaga n smgt study kita.
9. Jgn langkah nota/bku study kita. Letak dtmpat yg sesuai.
10. Setelah selesai, maka ucapknlah alhamdulillah n bdoalah kpd Allah, spaya ilmu yg kita study td kekal dlm ingatan kita n tawakallah kpd Allah..
Wallahu'alam
P/s: kopi pes dr hamba Allah yg dhaif.. ^^,
Bittaufiq wannajah fi imtihan...smoga kcemerlangan mlik kita smua..insyaAllah..
Friday, 19 December 2014
RASA MALAS ? JOM AMALKAN TIPS HILANGKAN RASA MALAS
Pernah tak
satu ketika tu kita punya perasaan iaitu rasa malas yang amat dasyat lagi
dasyat laa , rasa yang kalau boleh tak
nak buat apa pun . kalau boleh nak duk rilek – rilek , main phone , nak tidur memanjang … *errr , macam pernah jep :p
Normal la
tu kan3 , nak back up diri sikit laa . setakat ni xpernah lg jumpa orang yang
dia xpernah rasa malas . Sedikit sebanyak mesti akan rasa malas jugak kan3 ?
hee .. ni sebenarnya dari syaitan ni .. syaitan memang suka tengok kita
bermalas malasan ..
Okay , jadi
aku nak kongsi sedikit tips untuk elakkan diri daripada rasa malas since
sekarang ni most of students IPTA bakal menghadapi imtihan ..
1) BUAT
PERANCANGAN : kalau boleh tu ambil sticky note tampal kat meja study , list out
apa yang kita kena buat , contohnya assignment yang pensyarah bagi , subjek apa
nak study , emm tapi ada orang kata dia bukan jenis study ikut jadual , kena
study ikut mood , bagi aku orang jenis ni susah sikit la , kalau mood xsampai2
nak study lagi acano ? jom transformasikan diri anda sahabat2 . Haa , lagi satu
tak ke nampak macam sistematik kalau buat list , baru nampak macam student kan
. Assingment pensyarah bagi tak payah nak buat last – last minutes , tak ke
gelabah nanti ..
2) RAJIN BERSENAM
: gulp ….. aku pun termasuk dalam list yang jarang sangat exercise ni . Tapi , senaman ni tak semestinya kita kena
pergi taman berjogging sepuluh doploh round , boleh ja senaman dalam rumah .
Bak kata housemate , kita beli tali skipping kita senaman dalam rumah . Haa ,
bagus gak idea tu . otak yang cerdas
datangnya dari badan yang cergas.
3) ELAKKAN DIRI
DARI TIDUR YANG BERLEBIHAN : nahh , ni benda feveret kebanyakan student ni . ye
lah kan , penat balik kuliah time petang
, nampak katil tu dah rasa macam aahh heaven sangat pastu tidur sampai
berjam – jam . haha . aku pun pernah
sebab rasa penat tuu tak tahu nak
explain macam mana padahal bukan pergi angkat batu bata ke bancuh simen ke .
Tapi sekarang dah insaf ^^, . So , kalau boleh elakkan tidur yang
berlebihan ye . Boleh je kalau tak tidur petang , minda kita tu set macam ni “
petang ni aku tak nak tidur lepas balik kelas , nak senaman lah “ . haa kuasa
minda itu sangat lah power .
4) JANGAN LAYAN
PERASAAN BORING : kalau laa ada rasa boring tu , tolong la percaya ,tolong laa , kita mesti
akan rasa malas . percaya tak ? Kalau nak hilangkan
rasa malas tu , jangan la layan boring tu . contohnya , nak hilangkan boring ,
bukak phone main candy crush , aduh sudahnya nanti lepas main konfem la lagi
rasa malas . so kalau la boring tu kan , apa kata borak – borak dengan kawan
tapi janganlah bual kosong pulak , buat la perdebatan secara ilmiah ke , baru
la terisi masa lapang tu dengan benda berfaedah , ye dok ?
5)
INGAT MATI : nii kalau xjalan jugak tips ni ,
xtahu dah laa nak cakap apa lagi .. hehe .. Ingat mati tu pasti , yang kita
sendiri tak tahu waktu dan tempat . Nak ke time tengah malas tu , time tengah
main candy crush ke , main DOTA ke , malaikat maut tengah usha nak cabut nyawa
, nauzubillahminzalik .. mesti tak nak kan ? Jadi , isi masa lapang kita dengan
benda yang berfaedah sesuai dengan title kita sebagai umat islam , malah
pelajar muslim yang akan mencorakkan
masa depan negara .
Teruskan istighfar ,
baca bismillah , kalau malas jugak , pergi toilet ambil wudhu then buat solat sunat
. Insyaallah , Allah akan bagi kesegaran buat kita .
Ini sahajalah tips
yang aku boleh kongsikan sedikit sebanyak … ^^,
semoga bermanfaat ..
Saturday, 13 December 2014
HARI - HARI MENJELANG PEPERIKSAAN
Terkadang ,
hati itu penat . penat ! penat menahan segala rasa . jangan mengeluh . tapi aku
ini manusia biasa , yang tidak mungkin lari dari keluhan . Keluhan itu ,
biarlah berakhir di dalam hati , tersimpan jauh di sudut hati yang tidak akan
berlarutan di bibir . Biar Allah sahaja
yang tahu . kerana Allah itu yang Maha tahu setiap apa yang dirasakan oleh
hambaNya .
Musim
peperiksaan semakin hampir . Tidak sampai sebulan sahaja lagi . Dan di saat
fatrah imtihan semakin dekat , begitu banyak tugasan – tugasan yang diberikan
oleh pensyarah . dan semuanya perlu
dihantar pada hari yang sama . Bukanlah aku ini jenis yang suka menangguhkan
kerja . tidak ! tetapi dek kerana masa
yang diberikan oleh pensyarah yang terlalu hampir dengan fatrah imtihan ,dan
juga yang perlu membawa kepada perbincangan dalam kumpulan menyukarkan aku
untuk menyiapkan assignment yang diberi . Masing – masing juga sibuk dengan
urusan persatuan , tugasan individu dan juga sebagainya . Begitu juga aku , mesyuarat terkadang sampai ke
larut malam . Penat ! yaa itu yang aku rasakan . tapi , cepat – cepat aku tepiskan perasaan itu , aku tidak mahu
jadi manusia yang suka mengeluh . Teringat aku pada pesan mak , ‘ biarlah
penat macam mana pun kerja kita buat , niat kerana Allah , jaga solat ,
insyaallah , ALLAH akan tolong kita . Mungkin bantuan ALLAH bagi kak long tak nampak
, boleh jadi Allah bagi kekuatan hati untuk hadapi semua masalah , boleh jadi juga
kesihatan Allah bagi untuk kak long , yang penting kak long kena jaga niat ,
insyaallah selamat . ‘
Di saat ini
juga , aku dikejutkan dengan berita yang sedih . seorang sahabat yang bagiku sangat
bertanggungjawab , yang begitu senang didekati , yang begitu ceria, yang tidak
berkira di atas setiap pertolongan yang dihulurkan disahkan positif denggi .
sedih . semoga kuat sahabat . semoga tabah hadapi ujian ALLAH bagi . Mungkin
ini adalah cara ALLAH tunjukkan kasih sayangNya padamu sahabat . Jangan risau
tentang assingments lagi ya , kami di sini mendoakan semoga kau cepat sembuh .
cepat balik sini ya , rindu nak dengar suara kau .
AS
ALULLAHIL AZIM RABBIL ARSYIL AZIM , A’YYASHFIKI
( aku bermohon kepada ALLAH
Yang Maha Agung , Tuhan Arasy Yang Maha
Agung supaya menyembuhkan kamu )
Okay , ini
time aku curi- curi untuk tulis kot blog . sebab otak terlalu tepu untuk struggle
buat semua assignment yang kena submit next week . jom , azan isyak dah tu .
assalamualaikum , insyaalah kita jumpa lagi untuk next entri . ^^,
Subscribe to:
Posts (Atom)