Saturday, 13 December 2014

HARI - HARI MENJELANG PEPERIKSAAN



                Terkadang , hati itu penat . penat ! penat menahan segala rasa . jangan mengeluh . tapi aku ini manusia biasa , yang tidak mungkin lari dari keluhan . Keluhan itu , biarlah berakhir di dalam hati , tersimpan jauh di sudut hati yang tidak akan berlarutan di bibir  . Biar Allah sahaja yang tahu . kerana Allah itu yang Maha tahu setiap apa yang dirasakan oleh hambaNya .

             Musim peperiksaan semakin hampir . Tidak sampai sebulan sahaja lagi . Dan di saat fatrah imtihan semakin dekat , begitu banyak tugasan – tugasan yang diberikan oleh pensyarah .  dan semuanya perlu dihantar pada hari yang sama . Bukanlah aku ini jenis yang suka menangguhkan kerja . tidak !  tetapi dek kerana masa yang diberikan oleh pensyarah yang terlalu hampir dengan fatrah imtihan ,dan juga yang perlu membawa kepada perbincangan dalam kumpulan menyukarkan aku untuk menyiapkan assignment yang diberi . Masing – masing juga sibuk dengan urusan persatuan , tugasan individu dan juga sebagainya .  Begitu juga aku , mesyuarat terkadang sampai ke larut malam . Penat ! yaa itu yang aku rasakan .  tapi , cepat – cepat  aku tepiskan perasaan itu , aku tidak mahu jadi manusia yang suka mengeluh . Teringat aku pada pesan mak , ‘ biarlah penat macam mana pun kerja kita buat , niat kerana Allah , jaga solat , insyaallah , ALLAH akan tolong kita . Mungkin bantuan ALLAH bagi kak long tak nampak , boleh jadi Allah bagi kekuatan hati untuk hadapi semua masalah , boleh jadi juga kesihatan Allah bagi untuk kak long , yang penting kak long kena jaga niat , insyaallah selamat . ‘

                 Di saat ini juga , aku dikejutkan dengan berita yang sedih . seorang sahabat yang bagiku sangat  bertanggungjawab , yang begitu senang didekati , yang begitu ceria, yang tidak berkira di atas setiap pertolongan yang dihulurkan disahkan positif denggi . sedih . semoga kuat sahabat . semoga tabah hadapi ujian ALLAH bagi . Mungkin ini adalah cara ALLAH tunjukkan kasih sayangNya padamu sahabat . Jangan risau tentang assingments lagi ya , kami di sini mendoakan semoga kau cepat sembuh . cepat balik sini ya , rindu nak dengar suara kau . 

AS ALULLAHIL AZIM RABBIL ARSYIL AZIM , A’YYASHFIKI
 ( aku bermohon kepada ALLAH Yang Maha Agung , Tuhan Arasy  Yang Maha Agung supaya menyembuhkan kamu )


Okay , ini time aku curi- curi untuk tulis kot blog . sebab otak terlalu tepu untuk struggle buat semua assignment yang kena submit next week . jom , azan isyak dah tu . assalamualaikum , insyaalah kita jumpa lagi untuk next entri . ^^,

No comments:

Post a Comment