Monday, 22 December 2014

APAKAH ITU PENYAKIT TIBI ?



Tuk.. tuk .. tuk .. pintu rumah ku diketuk terus dengan itu kami tersentak . Tanpa ucapan salam , dan tambah mengejutkan kami apabila lelaki yang menyahut seusai ditanya oleh salah seorang teman serumahku . 

Lengkap berpakaian uniform , pemuda itu memperkenalkan dirinya .  Ohh , rupanya pegawai kesihatan dari klinik kesihatan berhampiran tempat tinggalku . Setelah hampir lima minit  berbicara dengan Firzana , kelihatannya begitu serius dari raut wajah mereka , Firzana masuk ke dalam rumah sambil memberikan borang untuk kami isi . “ Jom , kita kena isi borang ni ..” NOTIS MENJALANI PEMERIKSAAN PENGESAHAN TB ! Gullpp . kami antara insan yang rapat dengan dengan Amira , yang disahkan positif TB perlu membuat pengesahan pemeriksaan kesihatan dalam tempoh dua minggu dari tarikh notis dikeluarkan .

Masing – masing seakan melepaskan satu keluhan yang  berat . Tapi berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . Bukan Amira yang meminta untuk mendapat sakit itu . Itu adalah bahgiannya yang Allah bagi untuk dia . Sabarlah wahai sahabat .
Seminggu sahaja lagi kami bakal menduduki peperiksaan akhir semester 3 . Semua seakan sibuk menelaah pelajaran , membuat perbincangan  memandangkan peperiksaan sudah tidak lama lagi . Jadi , kami meminta untu, ditangguhkan sedikit lagi tempoh untuk membuatrawatan dan Alhamdulillah kami diberi kebenaran . Tetapi, kami hanya boleh membuat rawatan di tempa tinggal kami sahaja dan tidak boleh memebuat rawatan di kampung . Jadi , aku mengambil keputusan untu pulang lewat sedikit selepas tamat peperiksaan nanti . 

Aku terfikir adakah bahaya sebenarnya penyakit TB ini ?  Penyakit ini dianggap penyakit tertua di dunia . Apa itu Tibi ?  Ia merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat . Ia disebabkan oleh bakteri MYCOBACTERIUMM BACILLUS  yang menyebabkan TB ( Tuberkulosis ) ataupun batuk kering.
 
APAKAH GEJALA TIBI ? 

1)      Batuk berkahak melebihi dua minggu
2)      Kahak berdarah
3)      Berpeluh padawaktu petang dan malam
4)      Hilang selera makan
5)      Berat badan menyusut
6)      Mudah letih dan lemah badan
7)      Sakit dada semasa bernafas
Untuk penyakit TB  yang tidak melibatkan paru – paru , tanda – tanda jangkitan bergantung kepada lokasi kejadian . Sebagai contoh , jika ia melibatkan bahagian otak ( radang otak disebabkan kuman TB ) , penghidap boleh menunjukkan tanda – tanda seperti demam , sakit kepala , muntah ataupun sawan .

 MACAM MANA PENYAKIT TIBI BERJANGKIT ?
1)      Melalui titisan cecair mulut dan hidung yag mengandungi kuman TB  . pesakit TIBI  akan menyebarkan kuman melalui percakapan , batuk atau bersin . Sekiranya pesakit batuk atau bersin sebanyak 40,000 titisan yang mengandungi kuman tersebar ke udara .
2)      Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini aka nada risiko untuk dijangkiti .
3)      Penyakit TIBI di luar paru – paru ( EPTB ) tidak akan menjangkiti orang sekeliling .
KAEDAH UNTUK MENGESAN TIBI
1)      X-RAY dada
2)      Diagnostic Microbiology
-          Ujian Mantoux ( untuk menyiasat sama ada individu yang mempunyai hubungan dengan pesakit seperti keluarga dan rakan )
-          Cecair ‘Tuberculin ‘ disuntik di bahagian bawah kulit lengan .

Penyakit TIBI tidak kenal sesiapa . Kita sedia maklum bahawa penyakit Tibi ini boleh menjangkiti dari kalangan kita kerana penyakit ini mudah  merebak melalui udara .  seandainya badan kita mempunyai imun sistem yang kuat sudah pasti kita dapat menghapuskan kuman tibi dengan mudah .
Akhir kata , jom kita jaga kesihatan dengan sebaik mungkin . AWAS ! PENYAKIT TIBI TAK KENAL AKAN SESIAPA . Juga mohon doakan kesihatan sahabatku yang sedang bertarung dengan penyakit TIBI ini . 
(^^,)

No comments:

Post a Comment