Friday, 19 December 2014

RASA MALAS ? JOM AMALKAN TIPS HILANGKAN RASA MALAS





Pernah tak satu ketika tu kita punya perasaan iaitu rasa malas yang amat dasyat lagi dasyat laa  , rasa yang kalau boleh tak nak buat apa pun . kalau boleh nak duk rilek – rilek , main phone , nak tidur  memanjang … *errr , macam pernah jep :p
Normal la tu kan3 , nak back up diri sikit laa . setakat ni xpernah lg jumpa orang yang dia xpernah rasa malas . Sedikit sebanyak mesti akan rasa malas jugak kan3 ? hee .. ni sebenarnya dari syaitan ni .. syaitan memang suka tengok kita bermalas malasan ..

 Okay , jadi aku nak kongsi sedikit tips untuk elakkan diri daripada rasa malas since sekarang ni most of students IPTA bakal menghadapi imtihan ..

1)      BUAT PERANCANGAN : kalau boleh tu ambil sticky note tampal kat meja study , list out apa yang kita kena buat , contohnya assignment yang pensyarah bagi , subjek apa nak study , emm tapi ada orang kata dia bukan jenis study ikut jadual , kena study ikut mood , bagi aku orang jenis ni susah sikit la , kalau mood xsampai2 nak study lagi acano ? jom transformasikan diri anda sahabat2 . Haa , lagi satu tak ke nampak macam sistematik kalau buat list , baru nampak macam student kan . Assingment pensyarah bagi tak payah nak buat last – last minutes , tak ke gelabah nanti ..

2)      RAJIN BERSENAM : gulp ….. aku pun termasuk dalam list yang jarang sangat exercise ni .  Tapi , senaman ni tak semestinya kita kena pergi taman berjogging sepuluh doploh round , boleh ja senaman dalam rumah . Bak kata housemate , kita beli tali skipping kita senaman dalam rumah . Haa , bagus gak  idea tu . otak yang cerdas datangnya dari badan yang cergas.

3)      ELAKKAN DIRI DARI TIDUR YANG BERLEBIHAN : nahh , ni benda feveret kebanyakan student ni . ye lah kan , penat balik kuliah time petang  , nampak katil tu dah rasa macam aahh heaven sangat pastu tidur sampai berjam – jam .  haha . aku pun pernah sebab rasa  penat tuu tak tahu nak explain macam mana padahal bukan pergi angkat batu bata ke bancuh simen ke . Tapi sekarang dah insaf  ^^, .  So , kalau boleh elakkan tidur yang berlebihan ye . Boleh je kalau tak tidur petang , minda kita tu set macam ni “ petang ni aku tak nak tidur lepas balik kelas , nak senaman lah “ . haa kuasa minda itu sangat lah power .

4)      JANGAN LAYAN PERASAAN BORING : kalau laa ada rasa boring tu , tolong la percaya ,tolong laa ,  kita mesti akan rasa malas . percaya tak ?   Kalau nak hilangkan rasa malas tu , jangan la layan boring tu . contohnya , nak hilangkan boring , bukak phone main candy crush , aduh sudahnya nanti lepas main konfem la lagi rasa malas . so kalau la boring tu kan , apa kata borak – borak dengan kawan tapi janganlah bual kosong pulak , buat la perdebatan secara ilmiah ke , baru la terisi masa lapang tu dengan benda berfaedah , ye dok ?

5)      INGAT MATI : nii kalau xjalan jugak tips ni , xtahu dah laa nak cakap apa lagi .. hehe .. Ingat mati tu pasti , yang kita sendiri tak tahu waktu dan tempat . Nak ke time tengah malas tu , time tengah main candy crush ke , main DOTA ke , malaikat maut tengah usha nak cabut nyawa , nauzubillahminzalik .. mesti tak nak kan ? Jadi , isi masa lapang kita dengan benda yang berfaedah sesuai dengan title kita sebagai umat islam , malah pelajar muslim  yang akan mencorakkan masa depan negara .

Teruskan istighfar , baca bismillah , kalau malas jugak , pergi toilet ambil wudhu then buat solat sunat . Insyaallah , Allah akan bagi kesegaran buat kita .

Ini sahajalah tips yang aku boleh kongsikan sedikit sebanyak … ^^,  semoga bermanfaat ..   

No comments:

Post a Comment