Situasi 1 :
‘ esok aku ada test , next week aku
ada presentations and quiz . Assingment pun berlambak ni . Kau jangan kacau aku
boleh tak ? ‘
Situasi 2 :
‘ apa? Solat berjemaah kat surau ?
erk .. nani – nati laa ea , ada kerja sikit la , nak kena submit esok , awak
pergi la dulu ‘
Situasi 3 :
‘eh , enta dah study ke bab yang
prof bagi semalam ? ingat nak buat discussion sikit kat anjung surau lepas asar
nanti … ‘
‘ohh .. belum lagi , ana sibuk
berusrah , berprogram , tak sempat lagi nak revise , takpe kita tolong agama
Allah , Allah tolong kita balik , ok la
eh , ana nak tido kejap ‘
*******
So , siapa kita ni sebenarnya ? ok
.. ada banyak versi jawapan yang mungkin
aku dapat .
MANUSIA . HAMBA ALLAH . DAIE .
PELAJAR . ANAK . KHALIFAH .. dan bermacam – macam lagi .
Kalau aku kata kita ni robot ,
keterlaluan tak ? okay2 , sebelum korang nak bentangkan tikar perdebatan tu , dengar dulu ye apa aku nak kata ni eh ..
Okay , so aku nak fokuskan kepada
kehidupan seorang pelajar . Rutin harian kita bukankah setiap hari sama
saja ? bangun tidur , pergi kelas ,
balik kelas , buat assingments , tidur , study , makan . lepas makan study and
the tidur balik and the cycle continues for the next day ? hmm , tak bosan eh ?
asyik buat benda yang sama je tiap hari ?
‘habis tu kau nak suruh aku buat apa
? dah nama pun students , kerjanya study laa .. ‘
‘Students ‘ ? I am wondering . is it
true that we are actually a real students ? luas sebenarnya skop seorang
pelajar tu . anyone can be a students .
Seorang datuk tua yang baru nak mula
belajar alif ba ta . seorang ibu yang belajar untuk menjadi ibu yang baik
dengan mendidik anak – anak supaya menjadi anak soleh solehah . seorang ayah
yang belajar menguruskan keluarga agar mendapat kebahgiaan dunia dan akhirat .
seorang pemimpin yang belajar untuk berlaku adil dan menjaga kebajikan rakyat
jelatanya .
Jadi , semua orang ada hak untuk
pegang title ‘student’ kan ? dah tu ,
kau nak cakap apa sebenarnya ni * garu kepala kejap .
Tapi yang paling aku pasti pelajar
yangsedang menuntut ilmu di institusi pendidikan atau universiti atau sekolah ,
sudah semestinyalah kita ni kan2 ?
Sedar tak kita , betapa banyaknya
masa yang telah kita bazirkan dengan begitu sahaja tanpa ada sumbangan langsung
untuk agama , bangsa dan negara ?
Okay , siapa tadi kata kita ni
pelajar ? *angkat tangan kejap nak tengok .
Haa , kamu , kamu kata kamu seorang PELAJAR , adakah kamu BELAJAR untuk
:
1) Menguruskan
masa dengan sebaiknya antara akademik , ibadah , dakwah , riadah dan ukhuwah ?
2) Mendidik diri
agar tidak tunduk pada nafsu semata- mata .
3) Mengenal dan mencintai Pencipta sekalian alam
iaitu Allah .
4) Mengikuti
sunnah kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW.
5) Menghargai
setiap ilmu yang dipelajari dan manfaatkannya untuk Islam dan ummah .
Allah . and the list go on.. betapa
ramai pelajar yang tidak jujur dalam peperiksaan kerana takut gagal ? Tapi yang
peliknya , takut gagal ortak dapat excellent , tapi usahanya seciput je (
tembakan padu tepat ke jantung sendiri , dush ..dush.. )
Wahai jiwa – jiwa yang berada dalam
genggaman-Nya .. seriously aku cakap , taka da guna pun kalaukita Berjaya sebab
hasil meniru . Nothing . Hilang keberkatan ilmu kita kat situ . Rezeki yang
diperolehi kelak mungkin diragui statusnya . semoga Allah menjaga kita semua .
Jangan pernah tertipu . kalau kita
tak sempat study untuk exam pun , tak
skor pun tak apa . ASALKAN itu adalah hasil usaha kita sendiri . Dah
kita tak berusaha , janganlah kita harapkan hasilnya seperti kawan – kawan yang
study bagai nak rak .
Dan lagi satu .. ni pun masalah
jugak ni , tolong sangat …. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada menjadi
golongan yang hanya mengharapkan pertolongan tanpa berusaha bersungguh –
sungguh .
Kita kena ingat , Allah tak akan
ubah nasib sesuatu kaum melainkan diri mereka sendiri yang mengubah nasib
mereka sendiri . ‘ Aku tak study pun tak ape , Allah tolong aku . ‘
Kita memang perlu yakin Allah akan
tolong kita , but still you need to work hard then it is okat for you to rely
to Allah . That is right .
Okay okay .. dah melencong jauh
pulak bab robot tadi . haa , kenapa robot ? kita manusia kan , bukan robot ?
Yes , of course !
Jadi , kalau dah sedar kita ni
manusia , bukan robot , yang dikurniakan nikmat akal untuk berfikir , boleh
bezakan mana yang baik dan yang burul , why not we use it to think one step
forward ? nak fikir apa ? ke mana ? haa , ke mana ?
Ke destinasi kita yang abadi ,. Yak
e kampung akhirat . jauh di sana . kita kan berasal dari syurga dan mestilah
kita nak pulang ke tempat asal kita kan ? jangan nak tipu la kalau tak ingin
. tuu , kalau yang study jauh – jauh kat
oversea sana tu confirm homesick kalau dah lama tak balik rumah , mesti sedih
sangat – sangat kalau tak dapat balik beraya , apatah lagi ini kampung kita yang
sangat kita rindui dan yangbelum pernah
kita sampai .. ALLAHURABBI .. tak tercapai akal nak gambarkan perasaan tu ..
Pernah tak terfikir , kita sangat
takut kalau time nak exam . Terutamanya kalau exam yangbesar2 tuu .. UPSR , PMR
, SPM , STAM dan yang sewaktu dengannya . Tapi , pernah tak kita terketar lutut
, bergetar saraf urat saraf mengenangkan exam kita yang paling besar nanti ?
Yang mana kalau kita gagal dalam exam tu , dah boleh tak nak repeat balik dah
.. pernah tak ? Pernah ke ? * bergenang mata
Katakanlah “ sesungguhnya kematian
yang kamu lari daripadanya , ia pasti menemui kamu ….
( QS62:8)
‘Dan ALLAH tidak menunda ( kematian
) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang . Dan Allah Maha Teliti
terhadap apa yang kamu kerjakan ‘ ( QS63:11)
Oleh itu , keluarlah dari kepompong
kebiasaan . sudah cukup cukup sudah . sudah sampai di sini saja ehh .. hehe .. sudah cukuplah kia hidup dalam
keselesaan . Bangkitlah kalian semua daripada lena yang panjang . sedarlah
ummah yang tenat ,e,erlukanmu , golongan yang sentiasa menang .
Tak kan surut walau selangkah ,
takkan henti walau sejenak . citaa kami hidup mulia , atau syahid mendapat
syurga .
Semoga setiap derap langkah
perjuangan memburu mardhotillah dibalas dengan rahmat-Nya yang penuh kasih
sayang .
UMAT ISLAH HARUS CEMERLANG HARI INI
, MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM , JANGAN BUANG MASA , SIAPA KATA KITA TIDAK
BOLEH , KITA ADA ALLAH MAHA KUASA , KITA PUNYA KUASA TENAGA , UMAT ISLAM HARUS
CEMERLANG !
Jom berlari menuju redha-Nya , memecut
meraih jannah-Nya ….
No comments:
Post a Comment