Kebelakangan
ini , aku banyak mendapat perkhabaran yang sememangnya aku takut untuk dengar .
Sebolehnya perkara itu ingin kita jauhi . Tapi apa daya kita sebagai manusia
yang lemah lagi hina untuk menafikan kuasa Allah . KEMATIAN . KEHILANGAN . Satu kata keramat yang paling takut untuk aku
dengar . Sungguh kematian itu menakutkan . Benarlah kata , orang yang paling bijak ialah orang yang
selalu mengingati mati . Semuanya adalah
orang yang terhampir denganku , kematian
guru sekolah rendahku , kematian ibu rakan sekuliahku . Seolah – olah Allah
memberi peringatan kepadaku , bahawa kematian itu adalah dekat , tidak kira
usia .
Baru
beberapa hari lepas , aku sempat mengikuti kursus pengurusan jenazah , di mana
secara praktikalnya kami diajar cara
memandikan jenazah , mengkafankan jenazah dan mengebumikan jenazah . Kami
diberi peluang untuk belajar secara praktikal cara mengebumikan jenazah di
tanah perkuburan . Jujur , itu kali pertama sepanjang hidup aku selama 20 tahun
ini menjejakkan kaki ke tanah perkuburan
. seram sejuk ! ya , itu yang aku rasakan .
كل نفس ذائقة الموت
“ Setiap yang bernyawa itu
pasti akan merasai kematian “
Mati . Kubur . Alam barzakh . Dapatkah kita bayang bagaimana
keadaan kita di sana . Yakinkah kita mampu lancar menjawab soalan
malaikat Munkar dan Nakir ? yakinkah
kita tidak akan diseksa di alam sana ? yakinkah kita bahawa luas bercahaya
kubur kita nanti ?
Ilmu ! itu kata kuncinya . Dengan adanya ilmu , kita mampu bezakan yang
mana buruk juga yang mana baik . Beribadah kepada Allah dalam melaksanakan
perintah-Nya serta meninggalkan larangannya . Dunia tempat kita cari bekalan , sekadar
tempat persinggahan kerana akhirat adalah hari yang kekal . Dengan ilmu jugak ,
kita mampu kuat dan tabah apabila berhadapan dengan kehilangan orang yang kita sayang
. Mereka adalah hak ALLAH , yang dipinjamkan ALLAH kepada kita .
Sakit . Pedih . Kehilangan . Kosong . Itu rasa yang bergabung menjadi
satu perasaan yang sukar diungkap di mulut . Tapi Islam itu indah . Islam tak ajar umatnya meraung meratap
kepergian orang yang tersayang . Islam ajar umatnya bersabar dan tabah apabila
ditimpakan ujian . Allah sayangkan kamu , kerana itu Allah uji kamu . Besar
ganjaran bagi orang islam yang bersabar . Tidak dikatakan beriman seseorang itu
selagi dia belum diuji . Lihat ! indahnya Islam dari segenap aspek kehidupan .
لا يكلف الله نفسا إلى
وسعها
Allah tidak membebani
hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupannya .
Percaya pada takdir Allah . Allah tahu apa yang tebaik buat kita . ;)
No comments:
Post a Comment