Tuesday, 3 March 2015

SEMESTER BARU , AZAM BARU , PENGALAMAN BARU


Fuhh .. fuhh ..tiup sikit habuk yang dah ada kat blog ni .. agak lama jugak laa  tak update blog .. nak kata busy tu sebenarnya xlah sangat .. tapi maybe tak tahu nak post apa .. hehe
Masuk hari ini , hampir dua minggu aku sudah memulakan pengajian bagi sem 4 .. sekejap ja rasa dah masuk sem 4 .. tahun depan sem 5 , lepastu sem 6 , 7 , 8 lepastu dah masuk alam pekerjaan .. so , sem ni aku cuba la nak melibatkan diri dalam aktiviti berpesatuan .. xmahu dikatakan sebagai pelajar yang hanya menghadap buku , jadi aku memilih untuk menyertai sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar MPP . Seriously talk , banyak benda baru yang aku belajar , dari lah benda kecil hinggalah serumit – rumit perkara .. ( cewaahh , macam kalah perdana menteri ) ..
So , sebenarnya apa point yang aku nak sampaikan ini ? okay , macam ni sebenarnya .. Kalau kita perhatikan dunia sekarang ni , orang yang cerdik pandai terlalu ramai , pelajar yang dapat straight A’s PMR , SPM , STPM terlalu ramai ibarat cendawan tumbuh selepas hujan . Jadi sudah pasti peluang pekerjaan sangatlah competitive . Jadi adakah kamu yakin , kamu yang memegang title top student yang hanyalah tahu berkawan dengan buku , mampu mendapat pekerjaan dengan mudah selepas saja tamat pengajian ? Nasihat aku , libatkan diri dengan aktiviti berpersatuan sepanjang anda belajar kat university .. masa inilah yang kita akan belajar selok belok berkomunikasi dengan orang ramai , cara gerak kerja dalam satu organisasi serta menambahkan pengalaman . Aktiviti berpersatuan ini jugaklah sebenarnya yang banyak membantu kita untuk adapt dengan suasana alam pekerjaan nnati .. trust me ..  kerana pekerjaan sekarang ini , mereka lebih mengutamakan soft skill yang kita ada berbanding dgn result exam kita .. aku tak cakap result exam itu tak penting .. tp cuba seimbangkan ..excellent in your study and at the same time bulid soft skill yang perlu ada dalam diri kamu contohnya , kemahiran berkomunikasi .. and bla.. bla.. bla..
Sepanjang perjalanan kita belajar untuk mengenal erti kehidupan ini , akan ada banyak masalah yang timbul , akan ditimpa ujian yang datang bergolek – golek , sudah jatuh ditimpa tangga .. tapi , yaa , sebenarnya itulah yang akan membangkitkan kita untuk terus bersemanagat . kita belajar melalui kesilapan yang kita lakukan sebelum ini . apa tu omputeh cakap , “ MISTAKE IS A PROVE THAT YOU ARE TRYING .. “ biar kita berani mencuba ..
Okay , sebenarnya aku pon tak tahu lah apa yang dah melalut kali ini ..tapi suka untuk aku pesan .. sedahsyat mana pun masalah yang kau hadap ,ingatlah ALLAH sentiasa ada .. menangislah semahu mu , kerana mungkin itu boleh menenangkan tapi , saat kau sujud menyembah bumi , saat itulah sebenar – benarnya ketenangan yang kau rasai ..
Till we meet again .. bye …




Tuesday, 20 January 2015

ROBOT OHH ROBOT ..




Situasi 1 :
‘ esok aku ada test , next week aku ada presentations and quiz . Assingment pun berlambak ni . Kau jangan kacau aku boleh tak ? ‘

Situasi 2 :
‘ apa? Solat berjemaah kat surau ? erk .. nani – nati laa ea , ada kerja sikit la , nak kena submit esok , awak pergi la dulu ‘

Situasi 3 :
‘eh , enta dah study ke bab yang prof bagi semalam ? ingat nak buat discussion sikit kat anjung surau lepas asar nanti … ‘
‘ohh .. belum lagi , ana sibuk berusrah , berprogram , tak sempat lagi nak revise , takpe kita tolong agama Allah , Allah tolong kita balik  , ok la eh , ana nak tido kejap 


*******

So , siapa kita ni sebenarnya ? ok .. ada banyak versi  jawapan yang mungkin aku dapat .
MANUSIA . HAMBA ALLAH . DAIE . PELAJAR . ANAK . KHALIFAH .. dan bermacam – macam lagi  .

Kalau aku kata kita ni robot , keterlaluan tak ? okay2 , sebelum korang nak bentangkan tikar perdebatan  tu , dengar dulu ye apa aku nak kata ni eh ..

Okay , so aku nak fokuskan kepada kehidupan seorang pelajar . Rutin harian kita bukankah setiap hari sama saja  ? bangun tidur , pergi kelas , balik kelas , buat assingments , tidur , study , makan . lepas makan study and the tidur balik and the cycle continues for the next day ? hmm , tak bosan eh ? asyik buat benda yang sama je tiap hari ?

‘habis tu kau nak suruh aku buat apa ? dah nama pun students , kerjanya study laa .. ‘

‘Students ‘ ? I am wondering . is it true that we are actually a real students ? luas sebenarnya skop seorang pelajar tu . anyone can be a students .

Seorang datuk tua yang baru nak mula belajar alif ba ta . seorang ibu yang belajar untuk menjadi ibu yang baik dengan mendidik anak – anak supaya menjadi anak soleh solehah . seorang ayah yang belajar menguruskan keluarga agar mendapat kebahgiaan dunia dan akhirat . seorang pemimpin yang belajar untuk berlaku adil dan menjaga kebajikan rakyat jelatanya .

Jadi , semua orang ada hak untuk pegang title ‘student’ kan ?  dah tu , kau nak cakap apa sebenarnya ni * garu kepala kejap .

Tapi yang paling aku pasti pelajar yangsedang menuntut ilmu di institusi pendidikan atau universiti atau sekolah , sudah semestinyalah kita ni kan2 ?
Sedar tak kita , betapa banyaknya masa yang telah kita bazirkan dengan begitu sahaja tanpa ada sumbangan langsung untuk agama , bangsa dan negara ?

Okay , siapa tadi kata kita ni pelajar ? *angkat tangan kejap nak tengok .  Haa , kamu , kamu kata kamu seorang PELAJAR , adakah kamu BELAJAR untuk :

1)      Menguruskan masa dengan sebaiknya antara akademik , ibadah , dakwah , riadah dan ukhuwah ?
2)      Mendidik diri agar tidak tunduk pada nafsu semata- mata .
3)        Mengenal dan mencintai Pencipta sekalian alam iaitu Allah .
4)      Mengikuti sunnah kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW.
5)      Menghargai setiap ilmu yang dipelajari dan manfaatkannya untuk Islam dan ummah .

Allah . and the list go on.. betapa ramai pelajar yang tidak jujur dalam peperiksaan kerana takut gagal ? Tapi yang peliknya , takut gagal ortak dapat excellent , tapi usahanya seciput je ( tembakan padu tepat ke jantung sendiri , dush ..dush.. )

Wahai jiwa – jiwa yang berada dalam genggaman-Nya .. seriously aku cakap , taka da guna pun kalaukita Berjaya sebab hasil meniru . Nothing . Hilang keberkatan ilmu kita kat situ . Rezeki yang diperolehi kelak mungkin diragui statusnya . semoga Allah menjaga kita semua .

Jangan pernah tertipu . kalau kita tak sempat study untuk exam pun , tak  skor pun tak apa . ASALKAN itu adalah hasil usaha kita sendiri . Dah kita tak berusaha , janganlah kita harapkan hasilnya seperti kawan – kawan yang study bagai nak rak .

Dan lagi satu .. ni pun masalah jugak ni , tolong sangat …. Semoga Allah jauhkan kita semua daripada menjadi golongan yang hanya mengharapkan pertolongan tanpa berusaha bersungguh – sungguh .

Kita kena ingat , Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan diri mereka sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri . ‘ Aku tak study pun tak ape , Allah tolong aku . ‘

Kita memang perlu yakin Allah akan tolong kita , but still you need to work hard then it is okat for you to rely to Allah . That is right .

Okay okay .. dah melencong jauh pulak bab robot tadi . haa , kenapa robot ? kita manusia kan , bukan robot ? Yes , of course !

Jadi , kalau dah sedar kita ni manusia , bukan robot , yang dikurniakan nikmat akal untuk berfikir , boleh bezakan mana yang baik dan yang burul , why not we use it to think one step forward ? nak fikir apa ? ke mana ? haa , ke mana ?

Ke destinasi kita yang abadi ,. Yak e kampung akhirat . jauh di sana . kita kan berasal dari syurga dan mestilah kita nak pulang ke tempat asal kita kan ? jangan nak tipu la kalau tak ingin .  tuu , kalau yang study jauh – jauh kat oversea sana tu confirm homesick kalau dah lama tak balik rumah , mesti sedih sangat – sangat kalau tak dapat balik beraya , apatah lagi ini kampung kita yang sangat kita rindui dan yangbelum  pernah kita sampai .. ALLAHURABBI .. tak tercapai akal nak gambarkan perasaan tu ..

Pernah tak terfikir , kita sangat takut kalau time nak exam . Terutamanya kalau exam yangbesar2 tuu .. UPSR , PMR , SPM , STAM dan yang sewaktu dengannya . Tapi , pernah tak kita terketar lutut , bergetar saraf urat saraf mengenangkan exam kita yang paling besar nanti ? Yang mana kalau kita gagal dalam exam tu , dah boleh tak nak repeat balik dah .. pernah tak ? Pernah ke ? * bergenang mata

Katakanlah “ sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya , ia pasti menemui kamu ….
 ( QS62:8)   

‘Dan ALLAH tidak menunda ( kematian ) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang . Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan ‘ ( QS63:11)

Oleh itu , keluarlah dari kepompong kebiasaan . sudah cukup cukup sudah . sudah sampai di sini saja  ehh .. hehe .. sudah cukuplah kia hidup dalam keselesaan . Bangkitlah kalian semua daripada lena yang panjang . sedarlah ummah yang tenat ,e,erlukanmu , golongan yang sentiasa menang .

Tak kan surut walau selangkah , takkan henti walau sejenak . citaa kami hidup mulia , atau syahid mendapat syurga .

Semoga setiap derap langkah perjuangan memburu mardhotillah dibalas dengan rahmat-Nya yang penuh kasih sayang .

UMAT ISLAH HARUS CEMERLANG HARI INI , MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM , JANGAN BUANG MASA , SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH , KITA ADA ALLAH MAHA KUASA , KITA PUNYA KUASA TENAGA , UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG !

Jom berlari menuju redha-Nya , memecut meraih jannah-Nya ….

Thursday, 1 January 2015

SIAPAKAH ZINNIRAH ?

Seorang wanita yang sungguh teguh Islamnya, iman yang kukuh menhadapi ujian di waktu penyebaran Islam pada zaman Rasulullah S.A.W. Tahukah anda siapakah beliau? Pernahkah anda mendengar akan namanya? Seorang yang bernama Zinnirah.

Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

 “Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). “Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak.

Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.” Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Dibalik tangisan kehambaan Zinnirah, dibalik kegagahan iman dalam jasad seorang wanita islam. Zinnirah dipulihkan dengan kembalinya sinar cahaya dalam hidupnya setelah allah memulihkan matanya.

P/s: subhannallah,betapa teguhnya iman seorang hamba Allah yang sungguh cekal…

Tuesday, 30 December 2014

INDAHNYA BIDADARI SYURGA

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan .

 Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
QS. ar-Rahman (55) : 58

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. ar-Rahman (55) : 70

"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
QS. ar-Rahman (55) : 72

"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
QS. ar-Rahman (55) : 74

 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.



Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.



Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

 Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

Sunday, 28 December 2014

SOALAN EXAM SUSAH ?



‘ Hmm.. susah beb soalan tadi , aku tak expect kot soalan keluar macam tu..rasa macam failed je .. ‘ keluh Ariana sambil tertunduk selepas keluar dari dewan peperiksaan . Zinnirah , seorang sahabat yang sentiasa ada di sisi Ariana tersenyum sambil memandang Ariana . “ Ariana , kau nak dengar satu cerita tak ? “ Ariana mengangguk .

“ Selalu kan , kalau kita keluar je dari hall dah jadi macam tabiat , mesti nak check jawapan dengan kawan – kawan yang lain kan tak pun belek – belek buku ke . Masa tu budak jurusan law ni baru je selesai satu paper diorang pun bincang sama- sama jawapan  tu, ada seorang budak tak silap aku nama dia Zul , kau kenal kan , senior sekolah kita dulu . Zul ni tak ikut bincang sekali pun . Dia terdengar masa kawan – kawan dia bincang jawapan , ada di antara mereka yang sama , tapi ada yang  berlainan pula dengan jawapan dia . Kalau aku kat tempat dia , confirm la cuak kan ? Then , kawan dia tanya kenapa kau tak bincang sekali dengan kitorang ? Nak tahu apa jawapan dia ? dia jawab,   dia tak nak check sebab risau kalau – kalau pergantungan dia kat ALLAH berkurang … perghh pergh perghh jawapan sentap tu , menusuk kalbu .  Ariana kelihatan tekun mendengar cerita sahabatnya itu .

‘Lepas tu ,  dia buat solat hajat banyak – banyak , doa sepenuh hati , doa selagi dia mampu berdoa , memang dia letakkan sepenuhnya pengharapan kat ALLAH . dan kau tahu tak , dia score paper tu and he got the highest mark ! “ bersemangat Zinnirah bercerita kepada sahabatnya . Ariana kembali senyum .

Kadang , kita terlalu yakin dengan usaha kita . kita yakin kita mampu capai sesuatu tanpa bantuan ALLAH . Walaupun kita ni kaki buku ,  ( err , ada ke ? haha its okay , simpulan bahasa baru ) , jejak library pagi sampai malam , mata pun dah jadi macam panda , sekalipun ALLAH tak izinkan benda tu jadi , tetap tak akan jadi .    

Tawakkallah kamu seperti mana tawakkalnya seorang bayi di dalam perut ibunya , yang tidak tahu bagaiman perjalanan hidupnya pada masa depan  , tapi  dia percaya pada ALLAH yang pegang jalan hidup dia .  So , kita sebagai student ni bertawakkal kepada ALLAH dengan syarat berusaha bersungguh – sungguh .
*editedstory
Okay 6 papers to go .. doakan aku dan juga kawan – kawan seperjuangan . ^^,

Saturday, 27 December 2014

DUNIA MAKIN TENAT

Kini , dunia sudah makin tenat ! makin tua ! tapi , manusia masih lagi leka , alpa , bahkan masih lagi bersuka ria , bersenang lenang . Bila diceritakan kisah kisah tanda kiamat , dajjal yang akan keluar , binatang -binatang melata keluar dari segenap perut bumi , gunung hancur berterbangan  ,jawapannya ' aahh , lambat lagi laa , rilek la dulu .. nanti aku taubat la '  astaghfirullah .. nauzubillahminzalik ..

satu per satu tanda allah dah tunjuk kat kita .. mahu tanda apa lagi yang nak ditunjukkan sehingga baru rasa mahu bertaubat ! anak muda  yang terkinja-kinja , melompat sana sini, bergaul bebas sana sini , sehingga merasakan itu adalah perkara biasa yang tak perlu diperbetulkan . bila ditegur , melenting ! yang tua dengan cara mereka . sibuk dengan urusan dunia . politik menjadi lauk dalam kehidupan seharian . sehinggakan manusia ditindas !  didiskriminasikan atas sebab perbezaan politik ! ahh , manusia .. manusia ..

apa sudah jadi dengan dunia sekarang ? apa sudah jadi dengan manusia zaman ini ? sehingga ancaman ALLAH masih lagi dianggap perkara biasa bahkan tak terdetik pun dihati rasa gerun . yaa sudah pasti , tidak semua manusia yang tidak punya perasaan . pasti ada lagi manusia manusia yang masih punya perikemanusiaan . yang masih lagi punya getaran di hati apabila dikhabarkan dengan perkhabaran mengenai dunia akhir zaman .

sehingga satu saat , allah akan mencabut nyawa-nyawa orang yang beriman satu per satu dari bumi .. dan sehingga saat itulah , yakinkah kita masih lagi terbuka peluang pintu taubat ? yakinkah kita , jika taubat yang kita lakukan itu diterima allah ??

  1.  قال صلئ الله : لا تقوم الساعة إلا علئ أشرار الناس 

 ' tidak akan berlaku kiamat kecuali manusia pada masa itu semua jahat ' 


dunia makin tua . dunia di akhir zaman . kita umat akhir zaman . layakkah lagi kita untuk masih lagi mementingkan urusan duniawi melebihi ukhrawi ??
seimbangkan keduanya . bekerjalah kamu seolah olah kamu hidup selamnya , dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari ..

bertaubatlah selagi mana kesempatan intu masih terbuka . sungguh allah itu amat menyayangimu ...








Monday, 22 December 2014

APAKAH ITU PENYAKIT TIBI ?



Tuk.. tuk .. tuk .. pintu rumah ku diketuk terus dengan itu kami tersentak . Tanpa ucapan salam , dan tambah mengejutkan kami apabila lelaki yang menyahut seusai ditanya oleh salah seorang teman serumahku . 

Lengkap berpakaian uniform , pemuda itu memperkenalkan dirinya .  Ohh , rupanya pegawai kesihatan dari klinik kesihatan berhampiran tempat tinggalku . Setelah hampir lima minit  berbicara dengan Firzana , kelihatannya begitu serius dari raut wajah mereka , Firzana masuk ke dalam rumah sambil memberikan borang untuk kami isi . “ Jom , kita kena isi borang ni ..” NOTIS MENJALANI PEMERIKSAAN PENGESAHAN TB ! Gullpp . kami antara insan yang rapat dengan dengan Amira , yang disahkan positif TB perlu membuat pengesahan pemeriksaan kesihatan dalam tempoh dua minggu dari tarikh notis dikeluarkan .

Masing – masing seakan melepaskan satu keluhan yang  berat . Tapi berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . Bukan Amira yang meminta untuk mendapat sakit itu . Itu adalah bahgiannya yang Allah bagi untuk dia . Sabarlah wahai sahabat .
Seminggu sahaja lagi kami bakal menduduki peperiksaan akhir semester 3 . Semua seakan sibuk menelaah pelajaran , membuat perbincangan  memandangkan peperiksaan sudah tidak lama lagi . Jadi , kami meminta untu, ditangguhkan sedikit lagi tempoh untuk membuatrawatan dan Alhamdulillah kami diberi kebenaran . Tetapi, kami hanya boleh membuat rawatan di tempa tinggal kami sahaja dan tidak boleh memebuat rawatan di kampung . Jadi , aku mengambil keputusan untu pulang lewat sedikit selepas tamat peperiksaan nanti . 

Aku terfikir adakah bahaya sebenarnya penyakit TB ini ?  Penyakit ini dianggap penyakit tertua di dunia . Apa itu Tibi ?  Ia merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat . Ia disebabkan oleh bakteri MYCOBACTERIUMM BACILLUS  yang menyebabkan TB ( Tuberkulosis ) ataupun batuk kering.
 
APAKAH GEJALA TIBI ? 

1)      Batuk berkahak melebihi dua minggu
2)      Kahak berdarah
3)      Berpeluh padawaktu petang dan malam
4)      Hilang selera makan
5)      Berat badan menyusut
6)      Mudah letih dan lemah badan
7)      Sakit dada semasa bernafas
Untuk penyakit TB  yang tidak melibatkan paru – paru , tanda – tanda jangkitan bergantung kepada lokasi kejadian . Sebagai contoh , jika ia melibatkan bahagian otak ( radang otak disebabkan kuman TB ) , penghidap boleh menunjukkan tanda – tanda seperti demam , sakit kepala , muntah ataupun sawan .

 MACAM MANA PENYAKIT TIBI BERJANGKIT ?
1)      Melalui titisan cecair mulut dan hidung yag mengandungi kuman TB  . pesakit TIBI  akan menyebarkan kuman melalui percakapan , batuk atau bersin . Sekiranya pesakit batuk atau bersin sebanyak 40,000 titisan yang mengandungi kuman tersebar ke udara .
2)      Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini aka nada risiko untuk dijangkiti .
3)      Penyakit TIBI di luar paru – paru ( EPTB ) tidak akan menjangkiti orang sekeliling .
KAEDAH UNTUK MENGESAN TIBI
1)      X-RAY dada
2)      Diagnostic Microbiology
-          Ujian Mantoux ( untuk menyiasat sama ada individu yang mempunyai hubungan dengan pesakit seperti keluarga dan rakan )
-          Cecair ‘Tuberculin ‘ disuntik di bahagian bawah kulit lengan .

Penyakit TIBI tidak kenal sesiapa . Kita sedia maklum bahawa penyakit Tibi ini boleh menjangkiti dari kalangan kita kerana penyakit ini mudah  merebak melalui udara .  seandainya badan kita mempunyai imun sistem yang kuat sudah pasti kita dapat menghapuskan kuman tibi dengan mudah .
Akhir kata , jom kita jaga kesihatan dengan sebaik mungkin . AWAS ! PENYAKIT TIBI TAK KENAL AKAN SESIAPA . Juga mohon doakan kesihatan sahabatku yang sedang bertarung dengan penyakit TIBI ini . 
(^^,)